Kuala Lumpur, 02 Ogos 2023, 11.42 am. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menasihatkan rakyat Selangor supaya memilih parti politik yang ” ori ” ( original ) semasa Pilihan Raya Negeri ( PRN ) ke – 15 pada 12 Ogos 2023 nanti . Beliau merujuk kepada Parti Perikatan Nasional ( PN ) yang menurut beliau adalah parti  ” copypaste” yang banyak meniru dan mengikut apa yang telah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional ( BN ) dahulu . Dalam erti kata lain PN melakukan perkara yang telah tersedia ada didalam negara . Selama 18 bulan mentadbir di Putrajaya PN hanya mengikut dasar-dasar yang telah dibuat oleh kerajaan BN . Beliau mengatakan perkara ini sewaktu menghadiri majlis pelancaran “Tawaran Kita Selangor:   Lima Tekad Untuk Lima Tahun Kegemilangan Negeri Selangor.”

 

Menteri Besar Selangor itu yang juga Pengerusi Pakatan  Harapan Selangor berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( PPBM ) iaitu salah satu komponen utama  PN mengaku sebagai juara melayu dan tidak lain, dan mereka bukan hanya cuba meniru UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi ‘copy’ bukan ‘ori’ sebaliknya copy gred C yang tidak layak diberikan taraf atau kelayakan mentadbir. Amirudin membuat perbandingan diantara parti Gabungan Pakatan Harapan ( PH) dan PN dengan mengatakan bahawa PH telah mengumpul 19 komponen parti yang berlandaskan berbagai kaum termasuk di Sabah dan Sarawak dan ia mewakili  suara daripada seluruh pelusuk Malaysia  katanya berbanding PN yang hanya diwakili oleh parti tiruan .

 

Amirudin meminta supaya rakyat Selangor pilihlah yang ori, buang yang palsu kerana yang ” ori ”  adalah juara dan tekad perpaduan di dalam negeri itu  katanya. Menurut beliau lagi PN diwakili oleh parti-parti copy paste atau tiruan dan beliau percaya PN akan cuba menjadi peniru dan meniru apa yang Selangor akan lakukan terutama didalam manifesto Selangor. Beliau teruskan menasihati rakyat Selangor supaya mengundi Kerajaan Perpaduan yang lebih tulen atau original idea dalam membela rakyat .

#PrezCom