
Kuala Lumpur , 01 Ogos 2023, 04.12 pm. Anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak ( DSN ), Nooryana Najwa atau lebih dikenali sebagai Yana bercakap bagi pihak DSN bahawa Syed Imran Syed Abdul Aziz dan Muhammad Azri Papagomo) tidak mewakili bapanya untuk membuat sebarang kenyataan. Datuk Seri Najib juga menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan mereka. Kenyataan ini di buat oleh Yana susulan kenyataan Syed Muhammad Imran yang menyatakan “Kami sudah tidak selesa lagi apabila Ahmad Zahid berterusan mempergunakan kami untuk menyokong beliau dengan menunggang nama Najib “. Yana juga mengatakan bahawa DSN tidak terlibat dengan program ” Apa yang diinginkan Bossku ” yang diadakan oleh blooger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo itu .
Nooryana Najwa Najib menegaskan juga Pengerusi Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz dan Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai ‘Papagomo’ tidak menerima arahan daripada bapanya, Datuk Seri Najib Razak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pendiriannya . Jelas Nooryana lagi bapanya sudah hampir setahun berada di penjara dan begitu tidak adil untuk Syed Imran membuat sebarang tuduhan terhadap mana-mana individu atau mana-mana pihak untuk ‘menunggang’ atau mempergunakan nama Najib Razak . Menurut Yana lagi telah banyak ujian dan cabaran yang telah dilalui oleh DSN dan beliau tahu untuk menilai yang mana satu kawan yang mana satu lawan . Ujarnya lagi pendirian rasmi DSN hanya sah sekiranya ianya dimuat naik dalam saluran media sosial rasmi milik DSN melalui mesej kepada peguamnya. Nooryana Najwa menerima mesej dari DSN di sebelah pagi menyatakan penafiannya berhubung setiap kenyataan yang dibuat oleh Syed Imran dan papagomo .
Kesimpulan dari kisah ini kita boleh rumuskan bahawa jangan sewenang – wenangnya bercakap bagi mana-mana pihak atau individu kerana ia boleh mengundang musibah atau hilangnya hormat dan hilangnya kepercayaan orang lain terhadap diri kita .
#PrezCom