
Kuala Lumpur, 30 Julai 2023 04.30 pm . Amat menyedihkan bagi ahli-ahli Umno yang taat setia kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang Ke-7 iaitu Dato Seri Najib Tun Razak ( Bossku) apabila di sahkan ada di antara penyokongnya telah berikrar untuk beralih arah dengan memberi sokongan kepada Parti Perikatan Nasional ( PN ) didalam Pilihan Raya Negeri yang ke-15 yang akan dilaksanakan pada 12 Ogos ,2023 akan datang . Presiden Perpaduan Jalinan Negara Malaysia Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz yang juga merupakan Ketua Cawangan Umno Kampung Melayu Batu Caves Selatan adalah juga salah seorang individu paling rapat dengan Bossku ( Dato Seri Najib Tun Razak ). Beliau telah menegaskan bahawa beliau dan sekumpulan penyokong Bossku telah hilang kepercayaan terhadap pemimpin nombor satu Barisan Nasional dan UMNO yang juga Presiden UMNO kini iaitu Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi . Menurut Syed Muhammad Imran Datuk Seri Zahid Hamidi telah melakukan parti politik yang dipimpinnya itu seperti parti milik persendirian atau parti milik individu – UTUSAN 28 Julai 2023.
Sebelum itu pada 13 Julai 2023 yang lalu Syed Muhammad Imran telah menyuarakan kepada pemimpin UMNO bahawa dirinya dan sekumpulan penyokong Bossku terlalu kecewa dengan kepimpinan kerajaan Madani yang di anggapnya tidak adil terhadap kes mahkamah yang melibatkan Dato Seri Najib . Memetik dari laporan betita Utusan, 28 Julai 2023 sebelum ini Syed Muhammad Imran juga memberi amaran bahawa Pilihan Raya Negeri kali ini akan dijadikan pungutan suara tidak percaya kepada Presiden UMNO itu.
Datuk Seri Dr . Ahmad Zahid Hamidi dikatakan telah menggunakan kuasanya untuk mengantung dan memecat ahli atau pemimpin UMNO yang lain sekiranya membuat kritikan yang bercanggah dengan dirinya . Tegasnya lagi mereka sentiasa bersangka baik terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan harapan agar beliau dapat bersuara dan berusaha untuk menegakkan keadilan didalam kes Dato Seri Najib . Syed Muhammad Imran memetik dan berkata ” Nyata sekali Ahmad Zahid tiada keinginan untuk memberi keadilan kepada Najib dan beliau menambah lagi dengan menyatakan ” Kami sudah tidak selesa lagi apabila Ahmad Zahid terus menerus menggunakan kami untuk menyokong beliau dengan menunggang nama Najib .
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga dikatakan seperti tidak bersungguh-sungguh untuk bersuara dan menekan pemimpin kerajaan di hari ini untuk membebaskan Bossku . Berita mengenai kekecewaan yang di alami oleh sekumpulan penyokong Bossku telah di terjemahkan oleh Syed Muhammad Imran dengan mendakwa dan dipetik sebagai berkata “Najib dipenjara selepas Muhyiddin dipaksa meletakkan jawatan hasil percaturan Ahmad Zahid ”
Dalam satu sidang akhbar pada tarikh 28 Julai 2023 Syed Imran mengajak ahli UMNO dan penyokong Bossku agar memberi sokongan terhadap Parti Perikatan Nasional didalam PRN ke-15 ini dengan harapan akan dapat mencipta satu keadilan kepada Bossku mengikut lunas undang-undang.
#PrezCom