Kuala Lumpur – 28 Julai 2023 12.33 am . Suasana dan aura Pilihan Raya Negeri ke-15 makin hangat di rasai oleh rakyat Malaysia terutama rakyat di enam buah negeri yang terlibat . Sepertimana Pilihan Raya Negeri ( PRN ) dan Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu berbagai kemeriahan dan kontrovesi di mainkan di media sosial yang mana ia menjadi satu topik yang dinanti- nantikan oleh pembaca dan para pelayar media .

Isu kontroversi terbaru yang makin hebat di perdebatkan oleh umum adalah mengenai orang kenamaan yang terkenal di arena politik tetapi nama mereka di gugurkan dari senarai calon yang akan bertanding di Pilihan Raya Negeri kali ini . Salah seorang ahli politik ternama yang tidak di calonkan kali ini adalah Timbalan Ketua Menteri ll Pulau Pinang Professor P. Ramasamy iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri ( Prai ) yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang . Adakah kenyataan yang di buat oleh P. Ramasamy di laman muka buku nya (Facebook) bertarikh 10 Februari 2023 mengenai kenyataan nya supaya menilai kembali monopoli satu kaum didalam perkhidmatan awam membuatkan nama beliau digugurkan dari senarai calon ? Ramasamy disifatkan sebagai seorang ahli politik yang akan mengundang masalah kepada kerajaan di hari ini berikutan kenyataan yang dibuat supaya di nilai kembali kouta didalam sektor perkhidmatan awam yang selama ini di dominasi oleh orang Melayu . Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang itu meminta supaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memecahkan monopoli didalam sektor perkhidmatan awam yang mana menurut Ramasamy seperti berkata perkhidmatan awam kini sejumlah besar kakitangannya adalah terdiri dari kaum Melayu .

Didalam kenyataan yang di buat oleh Anthony Loke dan di petik sebagai berkata “tidak wajar Ramasamy mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana sepatutnya beliau perlu berfikir seperti pemimpin didalam kerajaan memandangkan parti politik yang diwakili kini berada didalam kabinet Kerajaan Perpaduan.”

Selain dari Setiausaha Agung parti DAP yang membuat teguran terhadap P.Ramasamy , Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Dr Hj Ahmad Zahid bin Hamidi juga turut memberi pandangan. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Ramasamy sebagai seorang yang bermulut celupar dan mengingatkan agar tidak perlu melayan pemimpin DAP tersebut . Perkara ini disebut olehnya pada 12 Julai 2023 di Kuala Lumpur selepas menghadiri bengkel Halatuju Strategik Kementerian Desa dan Wilayah. Menurut pandangan umum perbuatan Ramasamy ini mampu membantutkan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyakinkan rakyat bahawa konsep Madani yang di perjuangkan oleh Perdana Menteri terhadap semua kaum akan terjejas.

Sementra itu P.Ramasamy, 74 tahun yang sudah bersama Parti Tindakan Demokratik (DAP) selama lebih 18 tahun yang telah digugurkan sebagai calon PRN Pulau Pinang pada 12 Ogos ini menyatakan ketidakpuasan hatinya semasa di temuramah oleh pemberita Malaysiakini dengan bertanya “adakah ini Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang sama saya sertai pada 2005 lalu?,” Ramasamy menyatakan demikian sebagai kekurangan ketelusan dalam pengumuman senarai barisan calon baru parti DAP. Ramasamy juga menggangap keputusan DAP menggugurkan beberapa nama penyandang adalah tidak wajar.

Konsep Madani yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Perpaduan hari ini adalah berteraskan keharmonian semua kaum , kesejahteraan dan kestabilan kehidupan rakyat , memperkukuh ekonomi negara dan rakyat serta memberi keadilan dan kesamarataan kepada semua kaum . Seandainya ada pemimpin didalam kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan atau pemimpin parti yang memerintah yang bersikap perkauman maka akan rosak dan binasa lah kebaikan yang sedang di usahakan . Oleh itu pemimpin dan rakyat perlu berkerjasama dalam semua perkara demi untuk mencapai sebuah negara yang damai dan harmoni . Rata-rata rakyat Malaysia mengharapkan agar semua pemimpin yang sediaada terutama pemimpin pemimpin didalam parti- parti politik menunjukkan diri mereka sebagai contoh yang baik supaya dapat diteladani dan rakyat akan merasa lebih yakin dan selamat dibawah satu payung pentadbiran yang bijak dan adil.

#Prezcom