Alor Setar 24 Julai 2023 06:50am. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Dato Seri Sallahhuddin Ayub telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada jam 9.23 malam semalam pada usia 61 tahun . Allahyaham meninggal dunia di hospital Sultanah Bahiyah Alor Star Kedah dan perkara tersebut telah disahkan oleh Setiausaha Akhbar Allahyarham iaitu Syakirin Husnal .

Syakirin memberitahu bahawa sebelum itu Allahyarham DS Sallahuddin telah mengalami rasa mual serta muntah-muntah dan segera di kejarkan ke Wad Kecemasan HSB pada jam 10.15 malam. Allahyarham DS Sallahuddin telah berjaya menjalani pembedahan pada jam 3.30 pagi dihari berikutnya dan ditidurkan selepas itu di Wad Unit Rawatan Rapi bagi tujuan pengawasan .

Doktor pakar yang telah memberi rawatan kepada Allahyarham telah memaklumkan bahawa tekanan darah dan bacaan oksigen menunjukkan keadaan terkawal dan stabil . Pemantauan rapi juga sentiasa dijalankan oleh doktor pakar dari masa ke semasa .Pada jam 9.23 malam pada tarikh 23 Julai 2023 Allahyarham telah menghembuskan nafasnya dan perkara itu disahkan sendiri oleh anak perempaun beliau melalui laman facebook miliknya malam tadi . Sementara itu Jenazah beliau telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 2.30 pagi tadi ditemani oleh isterinya, Datin Seri Fatimah Taha dan jenazah telah di sambut oleh Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dan terus diiringi untuk ke kediaman ibunya Aminah Abdullah, 83 di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai di Pontian.

Kepada seluruh ahli keluarga dan saudara mara Allahyarham kami mengucapkan salam takziah dan berharap agar kesemua ahli keluarga redha dan bersabar dengan ujian dari Allah S.W.T. ini . Seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama turut berkongsi rasa sedih ini dan berdoa agar roh Allahyarham akan dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman . Sehubugan dengan itu pihak keluarga Allahyarham merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak atas doa dan ingatan terhadap Allahyarham selama ini.

Warga PrezCom menggangap pemergian beliau sebagai satu kehilangan besar untuk negara kita dan mengambil kesempatan mengucapakan salam takziah kepada semua ahli keluarga dan saudra mara Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Ameen.

#Prezcom