
Kuala Lumpur 26 Jun 2023 4.20pm. Pegawai Polis wanita yang di kenali sebagai Inspektor S.Shiela Sharon A/P Steven Kumar, 35 tahun hari ini didakwa diatas tiga pertuduhan berhubung ugutan dan mengaibkan anggota bawahan serta orang awam di Mahkamah Majistret Selayang, di hadapan Majistret Chai Guan Hock dan Majistret Nur Hafizah Rajuni. Shiela yang tiba di Mahkamah Majistret pada jam 8.55pagi bersama peguamnya M.Manoharan walaubagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadapa kesemua tiga pertuduhan yang didakwa keatasnya.
Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan Kenyataan Media berkenaan ‘Kes Ugut Jenayah Oleh Penjawat Awam’ dan telah mengesahkan memanggil seorang pegawai Polis wanita, Sheila Sharon A/P Steven Kumar untuk siasatan lanjut susulan tular video beliau mempersenda anggota polis berpangkat rendah.
Shiela yang juga pegawai penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua (2) tahun, atau denda atau kedua-dua, jika sabit kesalahan. Shiela juga didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksima penjara lima (5) tahun atau atau denda atau kedua-dua kerana menghina seorang individu dengan berkata, “You tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu”.
Peguam yang mewakili Shiela, M.Manoharan memohon anak guamnya diberikan ikat jamin yang rendah atau di lepaskan dengan bon tanpa jaminan dan memberitahu anak guamnya datang dari keluarga yang baik dan bapanya juga pernah berkhidmat dengan PDRM selama 39 tahun dengan pangkat terakhir sebagai Assisten Supertendan. Hakim Guan Hock membenarkan Shiela diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin manakala Hakim Nor Hafizah megenakan jaminan sebanyak RM2,000.
Inspektor Shiela yang di temuramah di perkarangan mahkamah meberitahu dirinya diainaya dan berkata; “It is not easy to be the Police. I am serving for the country, giving my sweat, my blood my everything and this is how the country treat me. I am very sad. Is this how PDRM is?” Sementara itu Shiela menafikan yang dia digantung kerja seperti yang di dakwaan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 22 Jun lalu kerana setakat hari ini beliau tidak menerima sebarang surat penggantungan.
Berita Berkaitan: Aibkan dan Hina Anggota Polis Berpangkat Rendah Seorang Pegawai Wanita Di Panggil Untuk Siasatan
#PrezCom