Kuala Lumpur 24 Jun 2023 01.30pm. Bekas Ahli Parliment Damansara, Tony Pua yang sebelum ini telah meningkatkan suhu kemarahan ahli-ahli UMNO apabila menggelar Najib Razak sebagai ‘Raja Kleptokrat’ sekali lagi dengan nada berani menggelar UMNO dan Barisan Nasional sebagai ‘Gabungan Korup’. Tony Pua juga dalam ucapannya menyuarakan pandangan agar Pakatan Harapan (PH) dapat membentuk kerajaan sendiri tanpa UMNO dan BN pada Pilihanraya Umum (PRU) akan datang. Kenyataan itu dibuat oleh Tony Pua sewaktu berucap di Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) semalam.

Kata-kata Tony Pua yang dianggap sebagai satu penghinaan kepada UMNO oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO telah mendapat perhatian beberapa pemimpin umno di akar umbi yang masih berani menyuarakan pendapat mereka dan antaranya termasuk Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh dan Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Petaling Jaya, Ahmad Fazuan Kamaruddin.

Isham Jalil berkata, katanya ” Saya ingatkan satu perkara sahaja kepada Tony Pua. Boss kamu di Kementerian Kewangan dulu (merujuk kepada Lim Guan Eng) pun ada kes korup di mahkamah, satu dia minta gugur dan satu lagi masih dibicara. Dan kawan-kawan parti kamu semasa jadi kerajaan 22 bulan dulu apabila ada kes korup turus lompat parti masuk PN atau Bersatu dan tiba-tiba jadi ‘bersih’. Oleh itu celah mana yang kamu kata parti kamu itu bersih.” Isham juga menambah, katanya “Jika UMNO ini korup dan kotor sangat, tidak perlu tunggu PRU-16, sekarang pun kamu boleh cadang kepada pemimpin parti kamu untuk tinggalkan UMNO daripada Kerajaan Perpaduan.”

Selain Isham Jalil, Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Petaling Jaya, Ahmad Fazuan Kamaruddin pula berkata, katanya “walaupun Anthony Loke telah mengeluarkan kenyataan di Facebook miliknya memberitahu bahawa pandangan Tony Pua itu adalah pandangan peribadi tetapi DAP jangan lupa bahawa Tony Pua adalah ahli DAP dan dia diberikan bercakap di pentas DAP dan sesungguhnya di hadiri oleh ahli-ahli DAP. Adakah DAP dengan rasa tidak bertanggungjawab sengaja membenarkan ahli-ahlinya menghina UMNO di pentas DAP dan kemudian mengambil sikap ‘baling batu sembunyi tangan’ dan cukup dengan hanya mengeluarkan kenyataan memberitahu pandangan ‘Tony Pua’ atas kapasiti peribadi dan bukan parti.
itu tidak bermakna DAP

Sementara itu, Ketua Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang di lebel oleh Naib Presiden MCA, Datuk Seri Tian Lian Ker sebagai jurucakap kepada DAP dilihat tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan ketika partinya dihina dan hanya mampu menularkan semula kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di wall Facebooknya.

#PrezCom