Kuala Lumpur, 21 Jun 2023 11.30am. Satu kejadian samun berlaku di premis 7 Eleven, Semenyih pada 20 Jun 2023 pada jam lebih kurang 5.00 pagi yang melibatkan dua orang lelaki berbangsa India yang masih belum dikenapasti identiti mereka telah masuk ke dalam sebuah premis 7 Eleven menumbuk dan menendang mangsa dan kemudian berswafoto (selfie) bersama mangsa.

Memetik sumber berita Harian Metro, bapa mangsa Shahrul Aminshah Aziz, 40 memberitahu ketika kejadian anaknya yang baru menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menegur lelaki yang masuk ke premis kerana cuma mengambil payung tetapi telah ditumbuk dan ditendang oleh lelaki India tersebut.

Sumber rakaman video CCTV juga menunjukkan seorang daripada lelaki berbangsa India yang menumbuk dan menendang mangsa sehingga mangsa jatuh ke lantai kemudian bertindak merakam muka mangsa untuk tujuan yang belum di ketahui dan selepas itu lelaki lelaki yang sama dilihat merakam muka seorang lagi pekerja 7 Eleven tersebut dan kemudian keluar dari premis tersebut.

Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang telah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan Asisten Komisioner Mohd Zaidi Hassan ketika dihubungi juga telah mengesahkan kejadian dan memberitahu pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyek 394 Kanun Keseksaan, yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan penjara selama tempoh boleh sampai dua puluh tahun, dan denda atau sebatan.

Pihak polis juga menyeru orang ramai yang membunyi maklumat untuk menghubungi mana-mana balai polid dibawah IPD Kajang di talian 03-8911422 atau Pegawai Penyiasan kes, Inspektor Nur Fatihah binti Awang di talian 011-25703695 bagi menyalurkan sebarang maklumat bagi membantu siasatan.

#PrezCom