Kuala Lumpur, 20 Jun 2023 09:00pm. Noh Omar hari ketika berucap di majlis perlancaran jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN) di Kuala Langat pada malam isnin lalu telah mengeluarkan kenyataan dan memberikan formula untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (Perpaduan Rakyat) di Pilihan Raya Negeri yang akan datang di Selangor dengan menyuruh Parti Perikatan Nasional mengambil iktibar bagaimana kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) di Selangor. Mengikut Noh Omar, BN yang menguasai Selangor pada tahun 2004 di PRU-11 dengan menang seratus peratus (100%) kerusi Parlimen akhirnya tewas pada tahun 2008 di PRU-12 dengan hanya menang 5 kerusi Parlimen sahaja. Tewasnya BN pada PRU-12 adalah disebabkan ‘tsunami Melayu’ yang mahukan perubahan. Noh Omar juga memberitahu Parti Perikatan Nasional boleh mengekalkan ‘tsunami’ ini bagi menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor.

Bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang itu juga memberitahu bahawa selepas kalah selama tiga penggal berturut-turut, UMNO-BN sukar untuk memenangi semula di Selangor. Noh Omar juga menambah katanya; “jadi kerana itu tuan-tuan dan puan-puan, saya amat yakin Insy-Allah dengan semangat Perikatan Nasional “KITA” akan mampu untuk memenangi pilihanraya negeri yang akan datang ini”.

Bagi membakar semangat Noh Omar juga membangkitkan isu Cheng Peng dan mengaitkannya dengan DAP dengan menyebut kata-kata yang di ucapkan oleh Cheng Peng pada Februari 1970 iaitu “Kasi Melayu jadi hamba. Kita cina komunis dan DAP (dia sebut DAP bukan gerakan) mahu lihat Melayu jadi kasut kita. Kita kasi ini negara komunis perintah.”Noh juga berkata selagi DAP tidak jadi pembangkang selagi itu saya tidak akan berhenti berjuang.”

Noh Omar adalah adalah seorang pemimpin veteran UMNO yang berpangalaman dan pernah menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO pada PRU-13, PRU-14 dan PRU-15 di mana sewaktu tempoh kepempinannya UMNO telah mengekalkan rekod kalah berturut-turut.

Pada PRU 14 selepas Barisan Nasional tewas Noh Omar mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dan meninggalkan UMNO Selangor tanpa kemudi sebelum di serahkan kepada Ismail Sabri. Apabila PRU 15 hampir tiba dan selepas UMNO berjaya menjadi kerajaan dengan menyertai kerajaan Perpaduan Noh Omar kembali memegang jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Malangnya Noh Omar yang menang tipis pada PRU 14 dengan majoriti undi 1,970 telah tidak dipilih sebagai calon PRU 15. Akhirnya pada PRU 15 Noh Omar yang mengaku setia pada UMNO walaupun tidak terpilih sebagai calon telah didakwa melakukan sabotaj terhadap Datuk Habibah Mohd Yusof, calon UMNO di Tanjung Karang dan kemudiannya beliau di gantung keahlian oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan seterusnya dibuang dari parti UMNO kerana dianggap pengkhianat. UMNO Selangor kemudiannya di terajui oleh Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang dikatakan mempunyai karisma kepimpinan yang tinggi dan sebagai pengganti yang lebih baik dari Noh Omar.

#PrezCom