
Kuala Lumpur, 19 Jun 20239.45pm. Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) Hari ini di kejutkan dengan perletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Dzuleira Abu Bakar walaupun kontrak beliau telah diperbaharui awal tahun ini. Dzuleira yang sempat berkhidmat di MRANTI selama lebih kurang 4 tahun 5 bulan terdahulu sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Inovasi dan Kreativi Global Malaysia (MaGIC) dan pada tahun 2021 selepas kerajaan membuat keputusan untuk menyusun dan menyatukan semula agensi-agensinya maka MRANTI dibentuk hasil gabungan MaGIC dan Teknologi Park Malaysia (TPM).
Sementara itu Dzuleira didalam kenyataannya berkata beliau berbesar hati kerana telah berpeluang memimpin dan meletakkan MRANTI sebagai pusat bagi Penyelidikan dan Inovasi Pengkomersialan (R&D dan C&I) di Malaysia. Beliau yang masih mempunyai tempoh masa 3 bulan setelah memberikan notis perletakan jawatan juga berjanji akan memastikan peralihan yang lancar sebelum meninggalkan MRANTI.
#PrezCom