
Georgetown, 18 Jun 2023 01.20pm. Seorang wanita yang sedang hamil enam bulan ditahan bagi membantu siasatan kerana didakwa telah menhina Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan isu penganugerahan pingat kepada ahli politik DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin telah mengesahkan wanita berusia 32 tahun itu telah ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara pada selasa lalu bagi membantu siasatan berhubung kandungan yang tular di media sosial yang disifatkan boleh menganggugugat kententeraman awam. Suspek yang kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Datuk Khaw Kok Chin juga menjelaskan berdasarkan siasatan awal selain dakwaan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, wanita itu juga didakwa turut mengaitkan Lim Kit Siang dengan peristiwa 13 Mei 1969.
Terdahulu sebelum ini perbuatan yang didakwa biadap seumpama ini pernah di lakukan oleh Iswardy Morni apabila beliau memuat naik video berbaur hasutan dan dianggap menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi video secara langsung di laman YouTube nya. Iswardy Morni, 44 tahun yang mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan telah disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 tetapi akhirnya telah didapati tidak bersalah atas pelbagai tuduhan berkaitan kenyataan berbaur hasutuan itu.
#PrezCom