
Kuala Lumpur, 17 Jun 2023 10.55am. Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan Kenyataan Media berkenaan ‘Kes Ugut Jenayah Oleh Penjawat Awam’ dan telah mengesahkan memanggil seorang pegawai Polis wanita, Sheila Sharon A/P Steven Kumar untuk siasatan lanjut susulan tular video beliau mempersenda anggota polis berpangkat rendah.
Berikut adalah intipati kenyataan media tersebut;
“Pada 15/06/23 Jam lebih kurang 1200hrs semasa pengadu beradi di kedai makan di Taman Sri Gombak, Batu Caves. Telah datang seorang perempuan warganegara tempatan yang tidak dikenali suspek bertindak memarahi pengadu atas sebab membuat bising di rumah Jiran. Kemudian suspek telah memperkenalkan diri sebagai penjawat awam dengan nada suara yang tinggi dan mengatakan ingin menahan pengadu atas alasan pengadu telah membuat bising. Suspek kemudian mengugut hendak memukul pengadu dan turut memarahi semua orang yang berada di tempat kejadian. Suspek juga turut mempersenda pegawai rendah polis dan tidak memberikan kerjasama untuk menunjukkan kad kuasa apabila diminta.”
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya membuka dua kertas siasatan selepas dua (2) laporan polis diterima dan memaklumkan laporan pertama di buat oleh pengadu di bawah seksyen 506 Kanun Kesiksaan kerana melakukan ugutan jenayah manakala laporan kedua oleh pegawai rendah polis dibawah Seksyen 186 dan Seksyen 14 akta kesalahan kecil 1955 kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan menggunakan perkataan yang kurang sopan, aib atau menghina.
Datuk Hussein Omar Khan berkata; “Kejadian berkenaan berlaku pada 15 Jun 2023 sekitar pukul 1.30 tengahari di perkarangan sebuah kedai makan di taman Seri Gombak Batu Caves. Suspek telah bertindak memarahi pengadu kerana membuat bising di rumah jiran. Suspek kemudian memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dengan nada suara tinggi dan mengatakan ingin menahan pengadu selain turut memarahi orang ramai di tempat kejadian. Suspek juga dikatakan tidak memberikan kerjasama untuk menunjukkan kad kuasa apabila diminta.”
Krew PrezCom cuba menghubungi pegawai polis wanita berkenaan bagi mendapatkan pencerahan tetapi tidak mendapat apa-apa jawapan. Pihak PrezCom kemudiannya cuma menghubungi pegawai tersebut di Facebook peribadi miliknya tetapi kelihatan ruangan mesej dan komen telah tidak diaktifkan. Semasa berada di Facebook pegawai tersebut pihak PrezCom mendapat Facebook beliau telah diziarahi oleh ribuan warganet yang membuat komen menyatakan perasaan kecewa terhadap sikap beliau.
#Prezcom