Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka Alternatif Kepada Touch N Go
Kuala Lumpur, 16 Jun 2023. Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) fasa dua telah mula beroperasi pada jam 12.01 pagi tadi dengan tol percuma di Plaza tol Alam Damai selama dua minggu. Pembukaan lebuh raya ini telah di rasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Terdahulu lebih raya SUKE fasa pertama telah dibuka kepada orang ramai pada September 2022.
Lebuh raya fasa dua ini membabitkan jajaran lebuh raya sepanjang 7.8 kilometer yang bermula dari Seri Petaling, Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) sehingga Persimpangan Cheres-Kajang yang melengkapkan jajaran utama SUKA yang secara keseluruhannya sepanjang 24.4 kilometer bermula dari persimpangan Sri Petaling dan berakhir di persimpangan Bukit Antarabangsa. Lebuh raya SUKE juga merupakan antara rangkaian lebuh raya yang menghubungkan lima lagi lebuh raya iaitu Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, Lebuh Raya Cheras-Kajang (Grand SAga), Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat KL atau Lebuh Raya Salak dan Lebuh Raya Shah Alam (KESAS).
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pembukaan fasa dua SUKE akan dapat membantu menampung kesesakan trafik yang berlaku di lebuhraya MMR2 dan dapat memendekkan masa perjalanan dari Sri Petaling ke Ulu Kelang kepada 25 minint berbanding 75 minit melalui laluan sedia ada.
Sementera itu Datuk Seri Alexander Nanta Linggi juga memaklumkan bermula September ini bayaran tol boleh dibuat dengan menggunakan kad bank dan ini akan membolehkan pengguna jalanraya membayar tol menggunakan kad debit dan kad kredit. Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (OPS) ini adalah inisiatif kerajaan ke arah sistem kutipan Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) di bawah tanggungjawab Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat menjelang 2024 dan akan dilaksanakan di semua lebuh raya di Malaysia. Sistem ini juga akan mengurangkan kebergantungan pengguna jalan raya dari hanya menggunakan Touch N Go. Pada peringkat awal pelaksanaan OPS kelak, hanya kad kredit serta kad debit akan diterima manakalah e-wallet tidak boleh digunakan sekurang-kurangnya bukan untuk masa sekarang.
Perlaksanaan sistem baharu ini terutamanya akan di mulakan di 12 lebuh raya iaitu Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), lebuh raya Baru Pantai (NPE), lebuh raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), lebuh raya Koridor Guthrie (GCE), Jambatan Pulau Pinang (JPP). Selain itu lebuh raya Butterworth-Kulim (BKE), lebuh raya Damansara-Puchong (LDP), lebuh raya SPRINT, lebuh raya Shah Alam, Terowong SMART, lebuh raya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) dan lebuh raya Duta-Ulu Kelang (DUKE).
Plaza tol yang mempunyai kemudahan OPS akan dipasang papan tanda pemberitahuan di lorong berkenaan, sama seperti papan tanda kemudahan RFID, Touch N Go dan SmartTag.
#PrezCom