Putrajaya, 15 Jun 2023 01.50pm. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini mengeluarkan kenyataan media berhubung kejayaan KPDN menumpaskan aktiviti penyelewangan gas petroleum cecair (LPG) dalam satu (1) serbuan yang dilakukan ke atas sebuah premis tanpa nama di Mantin, Negeri Sembilan pada 13 Jun 2023 yang lalu.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata; “bertindak atas maklumat hasil risikan yang diterima selama dua (2) minggu sebelum operasi, satu serbuan dilalukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya sekitar jam 11.00 malam pada Selasa lalu. Modus operandi sindiket ini adalah dengan membeli LPG 14kg bersubsidi terus dari lori penghantaran LPG di sekitara daerah Sepang, Nilai, Mantin dan Broga. LPG yang dibeli kemudiannya dibawa ke stor haram untuk dipindahkan ke tong LPG 50kg bagi kegunaan industri. LPG yang sudah di masukkan ke tong LPG 50kg itu kemudiannya dijual kepada industri dengan harga lebih rendah berbanding harga sebenar mengikut harga pasaran”

Beberapa tong gas kosong dan berisi pelbagai jenama berkapasiti 12kg, 14kg dan 50kg, kenderaan jenis lori 2.5tan, alat penimbang pelantar elektronik, hos penyambung, telefon bimbin serta beberapa dokumen perniagaan lain yang turut ditemui telah disita bagi siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM60,000.00. Seorang warga tempatan berusia dalam lingkungan 40an yang mengaku sebagai pekerja di premis terbabit juga telah ditahan bagi membantu siasatan.

Kertas sisatan di bukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenalpasti individu/syarikat yagn terlibat dlama aktiviti ini serta mengenalpasti rantaian pengedaran LPG terbabit. Syarikat terbabit kini disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613) iaitu kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat perlucutan hak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan minyak diesel.

Sekiranya sabit kesalahan syarikat boleh didendan di bawah Akta 613 -dipenjara selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh juga didenda tidak kurang dari lima kali jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit yang mana lebih tinggi.

KPDN memberi amaran keras terhadap mana-mana individu/syarikat supaya mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Mana-mana pihak yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah AKB 1961 yang jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000,000.00 ( Ringgit Malaysia Satu Juta) manakala bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali menakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000,000.00 ( Ringgit Malaysia Dua Juta) manahala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5, 000,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Juta)

Semantar itu Masyarakat disaran untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan memberikan kerjasama sekiranya mempunyai sebarang maklumat terutamanya berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi bagi memastikan aktiviti haram ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi yang boleh mengakibatkan impak negatif kepada rakyat dan Negara. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut:

i.WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000;
ii. Portal e-Aduan KPDN iaitu http://e.aduan.kpdn.gov.my;
iii. Call Centre 1-800-886-800;
iv. E-mel (e-aduan@kpdn.gov.my);
v. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN, dan;
vi. Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245

#PrezCom