
Kuala Lumpur, 14 Jun 2023 05.00pm. NanoMalaysia Sdn Bhd dengan kerjasama Retailetics Sdn Bhd telah berjaya membangunkan Troli membeli-belah pintar yang berasaskan Kecerdasan Buatan (AI). Troli yang diberi nama EzyCart ini lengkap dengan ciri-ciri teknologi seperti pengimbas kod bar, pengesahan berat barang, sensor bagi mengelakan risiko kecurian dan juga dibangunkan dengan menggunakan bahan antibakteria berasaskan teknologi nano untuk memastikan troli sentiasa bersih dan selamat digunakan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NanoMalaysia, Dr Rezal Khairi Ahamd berkata “EzyCart ini dilengkapkan dengan sistem e-dompet dan juga boleh membantu pengguna mencari produk di rak barang.”
Buat permulaan, EzyCart akan di gunakan di pasar raya besar terkemuka di Malaysia seperti Redtick, Lotus’s dan Jaya Grocer. Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang ketika di temui selepas majlis pelancaran EzyCart di Putrajaya berkata, ” Nano Malaysia telah membelanjakan dana RM 1 Juta bagi pembangunan EzyCart dan NanoMalaysia akan terus membimbing Retiletic untuk terus memasarkan EzyCart bagi menembusi pasaran Asia Tenggara.”
YB Chang Lih Kang menambah, katanya: “Projek EzyCart perlu dilihat dalam landskap industri runcit pintar yang lebih luas. Sektor beli-belah runcit pintar di rantau Asia Pasifik mencatatkan hasil berjumlah USD8.38 bilion pada tahun 2020. Jumlah ini dijangka melonjak melebihi USD25 bilion menjelang tahun 2025 dan menguasai 70% bahagian pasaran runcit global. Momentum pertumbuhan yang ketara dalam pasaran runcit pintar Malaysia dijangka mencecah RM1 bilion menjelang tahun 2025. Angka-angka ini menunjukkan potensi besar dan peranan penting yang boleh dimainkan oleh Malaysia dalam membentuk masa depan industri runcit pintar.”
Gabungan kepakaran Retailetics dalam pembangunan pasaran berasaskan e-dompet dan penyelesaian pengkomputeran awan membolehkan ezyCart memenuhi kehendak pengguna dan peruncit. Pembeli dapat merasai pengalaman baru membeli-belah dengan skrin pada troli yang memaparkan maklumat produk, promosi dalam kedai dan pilihan untuk membuat pembayaran terus atas troli yang digunakan. Tiada lagi keperluan beratur di kaunter untuk membuat bayaran.
NanoMalaysia ditubuhkan pada tahun 2011 sebagai sebuah syarikat Berhad menurut jaminan (SBMJ) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertindak sebagai sebuat entiti perniagaan dan aktiviti pengkomersialan dan perindustrian nanoteknologi menerusi model pembangunan usaha sama.
#PrezCom