
Kuala Lumpur 13 Jun 2023 10:11pm. Pembudayaan inovasi terus diperkasa oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Jaringan Saintis Muda Malaysia (Young Scientist Network Malaysia) dengan program ‘Ideation to Innovation’. Program selama dua (2) hari yang dianjurkan oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) STIE Powerhouse dan Young Scientist Network Malaysia (YSN-ASM) serta syarikat Skywiki Consulting telah berjalan selama dua (2) hari bermula pada 12 Jun 2023 dan berakhir pada 13 Jun 2023 bukan sahaja berjaya menarik minat golongan saintis muda untuk aktif berinovasi malah bertujuan untuk terus memartabatkan kedudukan negara Malaysia di kedudukan yang lebih tinggi pada Indeks Inovasi Global (GII).
Malaysia yang di kategorikan oleh World Intellectual Property Organization (WIPO) sebagai negara berpendapatan menengah atas (upper middle income) berdasarkan nilai pendapatan negara kasar (PNK/GNI) per kapita negara masih kekal pada kedudukan ke 36 pada saat ini, iaitu sama pada kedudukan tahun 2021 dan 2022. Penganjur program ‘Ideation to Innovation’ Ts Dr Rozzeta binti Dolah dari Universiti Teknologi Malaysia ketika membuat ucapan akhir program berkata pihaknya, Jaringan Saintis Muda Malaysia (YSN) akan menganjurkan banyak lagi siri-siri latihan yang telah di rancang secara berstruktur bagi membolehkan ahli-ahli YSN mempunyai produk inovasi yang mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi. Program-program latihan yang diadakan terbuka kepada jaringan Akademi Sains Malaysia terutama ahli-ahli Jaringan Saintis Muda Malaysia yang berminat untuk mempelajari teknik berinovasi yang betul dan terpimpin.
Sementara itu jurulatih program ‘Ideation to Innovation,’ Ts Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari atau lebih dikenali sebagai Coach Megat berkata; “program ‘Ideation to Innovation’ telah dirangka khusus untuk para saintis muda yang terlibat dengan inovasi kerana program ini mendedahkan teknik-teknik ‘wajib tahu’ bagi seseorang innovator seperti bagaimana membuat inovasi yang berimpak tinggi dan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi dengan mengaplikasi teknik ‘Design Thinking’ serta simulasi-simulasi khusus yang di buat bagi mendedahkan peserta kepada dunia inovasi yang sebenar dan lebih terancang. Coach Megat yang telah mempunyai lebih 20 tahun pengalaman industri didalam membantu dan melatih innovator menghasilkan dan mengkomersilkan produk-produk inovasi mereka berkata, ‘untuk menghasilkan inovasi yang mempunyai nilai pasaran yang baik seseorang innovator perlu terus dibimbing dengan teknik yang betul dan dededahkan dengan ilmu yang betul kerana inovasi mempunyai seninya yang tersendiri. Ilmu-ilmu seperti ‘Technology Readiness Level (TRL), Business Model Readiness Level (BRL), Commercialization Readiness Level (CRL) dan Innovation Readiness Level sangat perlu ada pada innovator. Coach Megat juga menambah; “menzahirkan inovasi dengan kaedah cuba dan jaya (try and error) sudah tidak boleh lagi digunapakai kerana kaedah ini akhirnya akan menelan kos yang tinggi, masa yang tidak menentu dan produk yang belum tentu mempunyai nilai pasaran.
Beliau juga berkata “program ‘Ideation to Innovation,’ adalah hasil perbincangan beberapa kali yang buat diantara pengurus projek Malaysia Collaborative Network Platform Initiative (i-Connect), Tuan Azri bin Mohamad Saleh dan Ts Dr Rozzeta binti Dolah kerana kita mahu program ini memberikan impak yang sangat bagi kepada peserta malah dapat membantu saintis-saintis muda ini belajar dari kegagalan-kegagalan produk-produk dan projek-projek inovasi yang lepas. Semua ini telah kita garabkan bersesuain dengan tempoh masa dua (2) hari dan latarbelakang peserta yang hadir.
#PrezCom