
Kuala Lumpur 8 Jun 2023, 11.00am. Jocelyn Chia menerusi video berdurasi 1 minit 29 saat yang diupload di TikTok miliknya telah berjaya menimbulkan kebencian dan keresahan warganet terutama warga Malaysia apabila video lawaknya yang secara terang-terang menghina rakyat Malaysia dan memperolok-olokkan musibah pesawat MH 370 dengan berkata; ‘some joke don’t land.’ Berikutan kecaman dari warganet, Jocelyn Chia telah menurunkan video klipnya di Facebook, Instagram dan Twitter tetapi masih mengekalkan klip video itu di TikTok miliknya.
Sementera itu, Intan Maizura Othaman isteri kepada anak kapal MH370, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan merakamkan rasa kesalnya dengan sikap Jocelyn Chia yang jelas mencari populariti murahan dengan memainkan isu kontroversi itu sebagai bahan lawaknya. Intan Maizura dalam komennya berkata; ““No matter how evil you are, but you don’t mention MH370 or making fun of it, you know.? “My son, Mohammad, He is still crying until today over his lost Papa, and here you are having the audacity to make fun of MH370. And do you know how many mothers are still crying until today?
Warganet di Malaysia yang rata-rata terkesan dengan tindakan Jocelyn Chia yang secara terang-terang menghina Malaysia hari ni bertindak menjalankan kempen memboikot dan melaporkan akaun TikTok dan media sosial milik Jocelyn Chia sebagai ‘Hateful Behavior’ dan ‘Bullying and Harassment’.
Terbaru, kerajaan Singapura menerusi Pesuruhnaya Tinggi Singapura, Vanu Gopala Menon melalui hantaran facebooknya memohon maaf diatas kelantangan Jocelyn Chia dan memberitahu bahawa Jocelyn Chia bukan lagi warga Singapura dan kenyataan Jocelyn Chia tidak sama sekali mencerminkan pandangan Singapura.
#PrezCom