
Kuala Lumpur, 4 Jun 2023 03:30pm. Tular dimedia sosial yang memaparkan gambar Lim Kit Siang (DAP) , 82 tahun yang memakai songkok menghadiri sesi raptai majlis penganugerahan darjah kebesaran semperna Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke-64 esok. Lim Kita Siang diberitakan akan menerima gelaran Tan Sri iaitu gelaran darjah persekutuan kedua tertinggi, selepas Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara, Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran Tun. Foto Lim Kita Siang itu dikongsikan oleh YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker di laman Facebook peribadinya (https://www.facebook.com/tilianker2) dengan kapsyen ‘Tahniah Kepada Tan Sri Lim Kit Siang’. Di dalam hantaran itu, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker juga mengingatkan supaya Lim Kita Siang (DAP) untuk memohon maaf kepada MCA dan semua ahli MCA yang pernah dipanggilnya sebagai ‘Anjing UMNO’ dan pengkhianat kerana menerima adat resam dan pakaian seragam berlandaskan tradisi Melayu.
Sementera itu aktivis politik UMNO-Barisan Nasional (BN), Lim Sian See membuat gesaan supaya UMNO membantah pemberian gelaran Tan Sri kepada Lim Kit Siang. Menurut Lim Sian See pemberian darjah kebesaran itu kepada Lim Kit Siang akan menjahanamkan UMNO didalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Lim Sian See didalam hantaran Facebook peribadi miliknya menyatakan; “mungkin kerajaan perpaduan berhasrat untuk hilang hampir semua undi Melayu dan seterusnya menjahanamkan UMNO dengan memberi pangkat ‘Tan Sri’ kepada ‘Kit Siang’ sebulan sebelum 6 PRN akan datang”
#PrezCom