Kuala Lumpur, 1 Jun 2023 8.00pm. Susulan pembukaan jambatan baharu, Jambatan Bagan Datuk yang melibatkan laluan dari Bagan Datuk Daerah Hilir Perak ke Kampung Sejagop Daerah Perak Tengah yang di buka kepada lalu lintas semalam, pihak kerajaan berhasrat untuk menamakan jambatan itu semperna nama Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Hj Zahid bin Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata perkara itu akan disembahkan kepada baginda bagi mendapat perkenan.

Jambatan bernilai RM460 juta sepanjang kira-kira 1.5 kilometer yang mempunyai laluan dua lorong dua hala dan merentas perjalanan sepanjang 10.5 kilometer keseluruhannya membolehkan penduduk dari Bagan Datuk ke Pasir Salak membuat penjimatan masa perjalanan sebanyak 45 minit. Penduduk Pasir Salak yang hendak ke Bagan Datuk atau Penduduk Bagan Datuk yang hendak ke Pasir Salah dahulunya mengambil masa 1 jam perjalanan kita hanya memerlukan 15 minit sahaja. Selain memendekkan jarak perjalanan dari 50km ke 10.2km jambatan ini juga menyokong pembangunan ekonomi dan sosial penduduk setempat.

Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid bin Hamidi juga telah melancarkan laluan baharu bas henti-henti MARA Liner Sdn Bhd (MLSB) yang menghubungkan Bagan Datuk ke Teluk Intan dan Kampung Gajah. Perkhidmatan laluan Baharu bas henti-henti ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang masyarakat setempat yang merangkumi 11 buah institusi pegajian / sekolah, lima (5) buah klinik kesihatan, FELCRA, komuniti estet, Hospital, Balai Polis dan pelbagai lagi. Sementara itu Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid bin Hamidi juga sempat menyempurnakan acara pelepasan (Flag-Off) Pasukan Berbasikal dan Kumpulan Bikers di tengah laluan Jambatan Bagan Datuk- Sejagop

#PrezCom