Kuala Lumpur, 31 Mei 2023 Tular di media sosial dan memetik sumber portal berita, Free Malaysia Today berkenaan status Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang dikatakan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan akan dilantik ke jawatan penting sekiranya Pakatan Harapan kembali berkuasa. Menurut sumber penyertaan Nurul Izzah dalam PRN akan datang dikatakan akan meningkatkan peluang partinya untuk mengekalkan kerusi di DUN dan seterusnya membantu meraih undi wanita.

Terbaru, protal berita MalaysiaKini yang dikemaskini pada 31 Mei 2023 jam 1:13 tengahari melaporkan; ‘setakat ini tidak ada apa-apa berita terhadap dakwaan yang tular di media sosial itu dan Nurul Izzah sendiri masih tidak memberikan jawapan pasti kerana beliau juga terikan dengan keputusan parti’.

Selain Kedah, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan yan dijadualkan akan membubarkan DUN mereka pada akhir Jun ini, Pulau Pinang di jangka akan membubarkan DUN pada minggu ketiga atau keempat bulan depan. Terdapat 40 kerusi di DUN Pulau Pinang dan kerusi DUN yang akan ditandingi oleh Nurul Izzah masih belum di sahkan dan dikenalpasti setakat ini.

#PrezCom