Kuala Lumpur, 27 Mei 2023, 11:30am. Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Kitab Bible (terjemahan Bahasa Melayu) atau percetakan apa-apa buku dan tulisan agama Kristian telah di keluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) didalam teks khutbah Jumaat semalam. Teks khutabah itu dibaca pada hari Jumaat, 26 Mei 2023 di seluruh masjid yang mengadakan solat jumaat. Titah Baginda itu juga adalah selaras dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Tahun 1988 telah dikuatkuasakan di Negeri Selangor yang telah menetapkan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah suatu kesalahan untuk digunakan oleh penganut agama bukan Islam.

Terdahulu Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah bahawa bagainda masih berpegang kepada fatwa yang mewartakan Kalimah Allah adalah hak eksklusif orang islam dan isu itu berkait rapat dan berada dalam sempadan agama Islam dan sentimen umat Islam negara ini. Di negeri Johor fatwa yang diwartakan dengan jelas menyatakan bahawa penggunaan kalimat Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak dibenarkan dan ditegah dan dilarang. Bagainda juga bertitah bahawa penggunaan kalimah Allah di negeri itu (Johor) hanya boleh digunakan oleh umat Islam.

Sementara itu dua (2) orang aktivis pengguna TikTok yang mengkritik keputusan Kerajaan Perpaduan menarik balik rayuan penggunaan kalimah Allah telah di tahan oleh pihak polis. Mereka adalah Muhammad Faridullah bin Mokhtar (Redline27) yang ditahan di balai polis Dang Wangi ekoran kenyataannya ‘kerajaan menunggang agama’ dan Muhammad Daneal bin Yusoff di tahan di Kangar. Kedua-dua aktivis ni ditahan dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

#PrezCom