
Kuala Lumpur, 26 Mei 2023 2.35 pm. Sidang Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa tiada sebarang bukti ditemui bagi mengaitkan Parti Perikatan Nasional (PN) dengan sumbangan dana judi seperti yang didakwa oleh Anwar Ibrahim sebelum ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, mengemukakan jawapan itu secara bertulis di Dewan Rakyat, semalam. Jawapan itu diberikan susukan pertanyaan Ketua Pemuda PAS, Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari yang meminta Perdana Menteri menyatakan status siasatan terhadapa dakwaan bahawa terdapat parti-parti di dalam Perikatan Nasional mendapat sumbangan daripada dana judi di dalam kempen pilihan raya umum yang lalu.
Susulan daripada jawapan yang diberikan oleh Datuk Seri Azalina, Ketua Penerangan PAS, Ir Khairil Nizam Khairudin berkata “Kerjaan pimpinan PMX (Anwar Ibrahim) terbukti konsisten menipu.” Beliau juga menggesa PMX memohon maaf secara terbuka ke atas fitnah yang dibuat kepada Perikatan Nasional (PN) berkaitan dana kempen pilihanraya sebelum ini.Parti Perikatan Nasional (PN) sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan ‘Dana Pilihan Raya PN dari Syarikat Judi,’ susulan pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada bukti perkara itu berlaku.
Sementra itu , pada pagi Jumaat 25 mei 2023. Bekas Perdana Menteri, Tan SriMuyhiddin Yasin ketika di temuramah selepas menghadiri prosiding di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur berkata; “kenyataan menteri undang-undang Datuk Seri Azalina di parlimen yang menyatakan tidak ada satupun petanda bahawa perkara itu betul, bagi saya pertuduhan itu fitnah dan satu pembohongan. Kita akan bincang dengan peguan kita, apa langkah seterusnya yang kita akan ambil terhadap kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh kedua-dua Perdana Menteri dan Timbalan Perdana menteri. InsyAllah kita akan teliti, mungkin yang penting yang pertama kita akan minta mereka mohon maaf, ini satu fitnah dan tuduhan yang berat. Lepas itu kita akan tengok apa yang mereka akan lakukan.
Berikut Adalah Kronologi Peristiwa Isu di atas:
5 Disember 2022
Laporan dari portal berita MalaysiaKini bertarikh 5 Disember 2022 yang dikemaskini pada 6.05PM. Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya membayangkan sebahagian dana pilihan raya Perikatan Nasional datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi. Anwar berkata “Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. Saya telah minta semakan terhadap perkara itu.” (Rujuk – Anwar Bayangkan Dana Pilihan Raya PN dari Syarikat Judi, https://www.malaysiakini.com/news/646958)
6 Disember 2022
Laporan dari portal berita BeritaHarian bertarikh 6 Disember 2022 pada jam 06:57am. Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, menegaskan PN sedia mengambil tindakan undang-undang sekiranya Perdana Menteri gagal mengemukakan bukti terhadap tuduhan yang dibuat beliau ketika mengedakan sidang media yang membayangkan ‘Dana Pilihanraya PN dari Syarikat Judi’. Takiyuddin Hassan juga mendakwa dakwaan Anwar Ibrahim itu sebagai fitnah dan tidak berasas serta menganggapnya sebagai tuduhan liar semata-mata.
(Dana Judi: PAS tuntut PN Anwar Kemukakan Bukti, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1035825/dana-judi-pas-tuntut-pm-anwar-kemuka-bukti)
25 Mei 2023
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, mengemukakan jawapan secara bertulis di Dewan Rakyat, dengan kenyataannya berbunyi; “Untuk maklumam Yang Berhormat, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan kajian terperinci berkaitan makluman tersebut. Walau bagaimanapun, SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu ini. Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini.”
26 Mei 2023
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman berkata;’ beliau tidak pernah menyatakan siasatan terhadap syarikat perjudian sudah ditamatkan atau digugurkan, sebaliknya jawapan yang tular di media sosial itu dibuatnya di Dewan Rakyat semalam hanya memaklumkan tiada fail siasatan dibuka.
#PrezCom