
Kuala Lumpur 19 Mei 2023 05:30pm. Jabatan Perkhidmatan Veterina (JPV), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengeluarkan maklum balas media berkenaan ‘Telur Biasa Ditukar Label Omega’. Maklum balas media ini juga adalah susulan dari laporan berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia bertajuk ‘Telur Biasa Ditukar Label Omega’ yang disiarkan pada hari Isnin, 15 Mei 2023.
Terdahulu, menurut laporan berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia itu, “Ladang-ladang telur di seluruh negara didakwa menggunakan syarikat subsidiari untuk menipu label telur biasa yang ditukar dan diisytihar sebagai telur omega bagi mengelak kawalan harga dan mengaut keuntungan berlipat ganda. Situasi itu sekali gus menyebabkan berlaku lambakan telur jenis tersebut di pasaran dan pada masa sama telur biasa gred A, B dan C berkurangan.”
Susulan tersebarnya berita tersebut, Jabatan Perkhidmatan Veterina (JPV) mengeluarkan maklum balas media dan menyatakan bahawa pihaknya (JPV) sentiasa menjalankan pemantauan di ladang-ladang ternak ayam bagi memastikan pengeluaran telur adalah mengikut piawaian yang telah ditetapkan agar rakyat mendapat bekalan telur yang berkualiti dan selamat untuk dimakan. Sekiranya terdapat mana-mana telur yang diragui, ianya bolehlah di hantar ke makmal yang telah mendapat akreditasi ISO/IEC 17025 bagi menguji kandungan omega di dalam telur berkenaan.
Pihak JPV juga memberitahu orang ramai yang mempunyai aduan tentang kesangsian terhadap ketulenan telur omega hendaklah menyertakan label telur serta maklumat ladang/pengeluar telur terbabit bagi memudahkan tugas-tugas penyiasatan dibuat. JPV juga memaklumkan bahawa teluar adalah tergolong didalam jenis makanana dibahwah Akta Makanan 1983 (Akta 281) di bawah kawalselia Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Walau yang demikian, Jabatan Perkhidmatan Veterina berkerjasama dengan KKM untuk memastikan pengeluaran mematuhi keperluan Akta Makanan yang berkaitan dengan telur omega.
#PrezCom