Johor, 17 Mei 2023 08:00pm.

Program ‘Accelerator Programme for Construction Entrepreneur (ACE) di bawah inisiatif kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) kini berada di Zon Selatan yang bertempat di Akademi Binaan Malaysia, Tampoi, Johor telah mendapat sambutan yang sangat menggalakan dari peserta-peserta Zon Selatan.

Program ACE menyediakan latihan secara berstruktur lagi komprehensif selama 2.5 bulan melibatkan peserta dari dua kategori iaitu peserta kontraktor dari Gred G1-G4 dan peserta graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pembinaan. Program ACE yang mensasarkan belia berusia diantara 25-40 tahun yang berminat untuk menjadi usahawan binaan bukan sahaja memberikan peluang untuk peserta mendalami pengetahuan didalam bidang pembinaan malah peserta juga turut berpeluang mendalami ilmu pengurusan perniagaan, pengurusan projek, keusahawanan dan pemasaran digital dari jurulatih professional yang terlatih.

Peserta Zon Selatan yang terdahulu sebelum ini telah menjalani Program Pemantapan Jadi Diri kini sedang menjalani Program Penbangunan Keusahawanan selama empat (4) hari di Akademi Binaan Malaysia, Johor bermula 14 Mei 2023 hingga 17 Mei 2023. Ts. Coach Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari, Jurulatih Keusahawanan dan Inovasi ketika di temuramah tentang tahap penglibatan dan kemampuan peserta berkata, “rata-rata kesemua peserta yang dibimbing di Zon Tengah, Zon Timur, Zon Utara dan Zon Selatan bukan sahaja sangat berdayasaing tetapi mereka juga telah menunjukkan kapasiti dan prestasi yang sangat baik dan sekiranya terus dibimbing dan mendapat latihan mereka ini akan menjadi pelapis dan peneraju baharu industri binaan yang mampu mengubah landskap industri pembinaan kepada yang lebih progresif, mampan dan pintar berteknologi.”

Coach Megat juga menambah dan berkata beliau sendiri telah menginovasikan modul-modul keusahawan yang disampaikannaya dengan bukan sahaja memfokuskan input keusahawan tetapi juga menambah input-input pengetahuan teknologi yang sepadan seperti Pemasaran Digital bagi aktiviti Pemasaran dan Penjenamaan, Kepintaran Buatan (AI) bagi aktiviti Penghasilan Kandungan dan penyenaraian bisnes di injin carian Google dengan teknik ‘Search Engine Optimization.’ Teknik-teknik yang didedahkan ini akan dapat menjimatkan kos pemasaran, penjenamaan dan pembangunan kandungan dengan lebih berkesan dan berimpak tinggi.

#PrezCom