
Shah Alam, 11 Mei 2023 9.00pm. Komuniti Orang Kurang Upaya terus di perkasa menerusi program SAY LEAD PRO. Program SAY LEAD Pro yang mempunyai empat (4) fasa telahpun memasuki fasa ke-empat iaitu ‘Giving Back to Society.’ Fasa ini yang mendedahkan bagaimana untuk peserta program menyumbang dan menabur khidmat bakti semula kepada masyarakat. Program SAY LEAD PRO adalah program yang dianjurkan oleh Duli Yang Teramat Mula (D.Y.T.M) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menerusi Selangor Youth Community (SAY) dan disokong oleh Yayasan Hasanah. Program ini bukan sahaja membantu komuniti golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia untuk terus memperkasa ekonomi mereka malah mempergiatkan usaha keterangkuman penglibatan OKU didalam gerak kerja kesukarelawanan.
Fasa ke-empat memberikan fokus kepada peserta untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sukarelawan, peserta didedahkan dengan dunia kesukarelawanan dari pelbagai aspek termasuk pendedahan tentang penglibatan kerja-kerja sukarelawan yang mendokong Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainability Development Goals) ataupun Agenda 2030. Terdahlu sebelum ini peserta program ini telahpun melalui tiga fasa utama iaitu fasa pertama, ‘Unearth The Talent’ dimana peserta di lengkapkan dengan kemahiran pembuatan produk dan perkhidmatan, fasa kedua, ‘commercialisation,’ dimana peserta dilatih dengan ilmu jualan dan pemasaran produk serta fasa ketiga ‘Sustainability,’ iaitu fasa bagi peserta memperkasa perniagaan dan produk mereka ketahap ketersediaan yang lebih baik supaya jualan dan produktiviti dapat ditingkatkan. Program ini mengambil masa 18 bulan di mana peserta bukan sahaja dilatih dengan ilmu bisnes oleh jurulatih bertauliah tetapi juga di berikan sokongan khidmat mentor bisnes dan khidmat kaunseling dari kaunselor bertauliah supaya peserta dapat mendepani isu dan cabaran yang dihadapi mereka dengan lebih baik.
Hadir bersama diprogram hari ini yang diadakah di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor adalah Pengerusi Persatuan Komuniti Gerak Negara, Saudara Ahmad Fazuan bin Kamaruddin, Pengerusi Persatuan ‘Trainers and Coaches Network of Malaysia,’ saudara Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari, barisan mentor bisnes SAY LEAD Pro dan juga sukarelawan-sukarelawan pembimbing peserta OKU.
#PrezCom