Kuala Lumpur, 10 Mei 2023 12.20pm. Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. TUBE tercetus sewaktu Kongres Usahawan Muda Bumiputera pada 27-29 Mac 2014. Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan majlis penutup Kongres telah mengumumkan peruntukan berjumlan RM10 juta kepada SME Corp bagi melaksanakan Program Tunas Usahawan Bumiputera. Program TUBE secara langsung menyokong dasar dan pembangunan belia negara yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia menuju ke hadapan.

TUBE menyasarkan belia Bumiputera berusia diantara 18-30 tahun yagn mempunyai minat mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan khususnya belia yang mempunyai sijik kemahiran asas daripada institusi latihan dan pusat kemahiran tempatan. Objektif utama Program TUBE ini adalah bagi memupuk dan menanam semangat keusahawanan dikalangan belia disamping membentuk daya tahan dan jati diri dikalangan belia.

TUBE tahun 2023 kita dibukan sekali lagi dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian mulai 7-31 Mei 2023. Bagi yang berminat untuk mengikuti program TUBE bolehlah melayari laman sesawang TUBE di: https://tube.smecorp.gov.my/index.php

#PrezCom