Phnom Penh 7 Mei 2023 5.30pm. Setelah Phee Jinq En berjaya memecahkan kesuraman buat kontigen negara dengan memenangi pingat gangsa hari pertama dalam acara renang di Pusat Akuatik Morodok Techno, Phnom Penh di temasya SEA 2023 kejayaan seterusnya diraih oleh C.Shahmalarani dengan memenangi pingat emas sulung buat Malaysia didalam acara Karate bawah 50 kilogram (kg) Kumite wanita. Kejayaan C.Shahmalarani telah menaikkan semangat S.Prem Kumar Selvam yang telah berjaya merangkul emas kedua buat Malaysia di dalam acara 55kg kumite lelaki. Pingat emas seterusnya disumbangkan oleh Sureeya Sankar Hari Sankar didalam acara Karate 60kg Kumite lelaki dan Sharmendran Raghonathan didalam acara Karate 75kg Kumite lelaki. Pencapaian setakat hari ini menyaksikan kem Karate negara telah melepasi sasaran tiga (3) emas yang ditetapkan oleh Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) dan tahniah buat mereka.

Setakat pukul 5.00 petang waktu Malaysia, negara kita berada di tempat ke-7 dengan pungutan pingat 4 emas, 8 perak dan 13 gangsa yang membawa kepada 25 jumlah pingat keseluruhan. Sementara tuan rumah Cambodia berada ditangga teratas dengan 26 emas, 17 perak dan 19 gangsa.

Rekod pungutan pingat kontijen negara di sukan SEA edisi ke-31 di Hanoi, Vietnam yang lepas adalah dengan 39 pingat emas, 45 perak dan 90 gangsa dengan buat perta kalinya dalam sejarah negara kita berada di kedudukan keenam (6) dan paling rendah sejak tahun 1983 ketika Sukan SEA di anjurkan di Singapura.

#PrezCom