Perak (Teluk Intan), 5 April 2023 6.00pm. Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada Majlis Perbandaran Teluk Intan bagi projek menaik taraf dan menyelenggaran. Jumlah peruntukan yang diluluskan oleh KPKT itu meliputi projek-projek seperti berikut:
1. Projek Menaik Taraf Mendan Selera Glutton Square, Jalan Ah Cheong, Teluk Intan
2. Projek Manaik Taraf Pusat Penjaja di Jalan Maharani, Teluk Intan
3. Projek Menaik Taraf Pasar Besar Teluk Intan, Jalan Woo Saik Hong, Teluk Intan dan
4. Projek Menaik Taraf Taman Rekreasi Riverfront, Jalan Mahkamah, Teluk Intan
Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Tuan Nga Kor Ming berkata ” Penyaluran peruntukan berjumlah RM2.5 juta ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kebersihan, keselamatan dan keselesaan para peniaga dan pengunjung bagi merancakkan lagi ekonomi setempat. Selain itu, kesemua fasiliti awam ini merupakan tempat penyatuan komuniti dan mengeratkan silaturahim antara penduduk dalam sesebuah masyarakat.”
Tambah beliau, ” Peruntukan naik taraf medan selera, pasar awam dan taman rekreasi ini merupakan “performance-based budget” atau peruntukan berlandaskan pelaksanaan bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan.”
YB Tuan Nga Kor Ming telah berusaha untuk turun padang melawat berberapa lokasi seperti Medan Selera Glutton Square, Pusat Penjaja di Jalan Maharani, Pasar Besar Teluk Intan dan Taman Rekreasi Riverfront bag meninjau kemudahan dan keperluan berkaitan. Turut hadir semasa lawatan kerja tersebut ialah YB Tuan Woo Kah Leong, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna; YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT; YBrs. Tuan Muhammad Razman bin Abu Samah, Timbalan Ketua Seitausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPKT; YBhg. Datuk Saidatul Akhma binti Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Persekitaran Mampan) KPKT; YBhg. Dato’ Mohd Fadzil bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan serta Pengurusan Tertinggi KPKT dan ketua jabatan peringkat negeri dan daerah.
#PrezCom