
Kuala Lumpur 2 Mei 2023 11.00am. Aksi larian pecut kuartet 4×100 meter wanita negara, pelari akhir Nur Aishah Rofina Aling bukan sahaja memukau penonton tetapi juga berjaya menghadiahkan emas didalam acara 4 x 100 meter wanita di Kejohanan Terbuka Singapura di Stadium Nasional Kallang baru-baru ini. Saat-saat dramatik dimana Nur Aishah berjaya memintas dari belakang dan memotong di 30 meter terakhir tular di media sosial. Gandingan mantap Nur Afirina Mohd Rizal, Zaidatul Husniah Zulkifli, Azreen Nabila Alias dan Nur Aishah Rofina Aling, merekodkan masa 45.70 saat meninggalkan Singapura dengan masa 45.82 saat dengan serta Thailand di tempat ketiga dengan catatan masa 46.06saat.
Kejayaan menjuarai Terbuka Singapura ini bukan sahaja berjaya menghadiahkan emas kepada negara kita tetapi juga memberikan harapan terbaik buat kuartet 4 x 100 meter wanita negara bagi mencipta sekali lagi kejutan dan seterusnya meraih pingat emas di Sukan SEA Kemboja pada 10 Mei ini.
#PrezCom