Kuala Lumpur, 1 Mei 2023 3.30pm. Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta diatas kesalahan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd turut mendapat tentangan demi tentangan bagi permohonan pengampunan beliau. Terbaru selepas Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abd Samad yang merayu agar Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan untuk menolak permohonan Najib untuk diampun kini Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pula bersuara menyatakan pendirian supaya Lembaga Pengampunan menolak permohonan pengampunan terhadap Najib Razak. Kini AMANAH, MUDA dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) telah dengan jelas menolak dan memohon permohonan pengampunan keatas Najib Razak di tolak.

Semalam (Ahad), Jawatankuasa Eksekutif Pusat Muda yang membuat kenyataan menentang permohonan pengampunan keatas Naib Razak berkata pihaknya tidak bercadang memohon maaf diatas pendirian mereka. MUDA yang menyifatkan Najb baru sahaja menjalankan hukuman dan tidak mahu wujud persepsi bahawa mana-mana individu berpengaruh dam mempunyai hubungan kuasa tidak perlu gusar dengan udang-undang. MUDA berkata; “Pengampunan Najib yang didapati bersalah bukan satu, tetapi tujuh pertuduhan bakal memberikan mesej yang salah kepada rakyat Malaysia. Adakah rakyat biasa yang didapati bersalah atas jenayah sama akan diberi keistimewaan ini?” soalnya dalam kenyataan.”

#PrezCom