
Kuala Lumpur, 30 April 2023 02.44pm. Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh menegur pihak kerajaan dan meminta pihak kerajaan untuk membuat semakan semula terhadap kadar peruntukan purata yang diberikan kepada Sekolah Agama (SA) terutama sekolah Tahfiz susulan kadar peruntukan purata yang jauh berbeza dengan peruntukan yang diberikan kepada Sekolah Menengan Persendirian Cina (SMPC).
Secara purata sebuah Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) mendapat RM250,000 manakala Sekolah Agama (SA) hanya mendapat sejumlah RM117,500. Walaupun Sekolah Agama (SA) mendapat peruntukah RM150 juta berbanding Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang menerima peruntukah sebanyak RM15.7 juta tetapi jika dibahagikan dengan jumlah bilangan sekolah ternyata Sekolah Agama berdaftar yang mempunyai sebanyak 1,276 buah sekolah berbanding dengan SMPC yang hanya terdapat 63 buah sekolah telah menerima peruntukan yang tidak setara.
Selain soal peruntukan yang tidak adil, Dr Muhamad Akmal Saleh juga membangkitkan soal kedudukan institusi Sekolah Agama (SA) berbanding Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang tidak sama di sisi Perlembagaan. Dr Akmal berkata, katanya; “Kedudukan Institusi Sekolah Agama (SA) dan Sekolah Menengan Persendirian Cina (SMPC) adalah tidak sama di sisi perlembagaan, yang mana peruntukan pendidikan agama (SA) diberikan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bukannya Kementerian Pendidikan (KPM). Ia menunjukkan punca kuasa kewujudan institusi (Sekolah Agama) tersebut di bawah peruntukan perlembagaan tetapi apakah kriteria penentu peruntukah yang diberikan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina?”
Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal Saleh juga menyatakan sekiranya alasan peruntukan diberikan kepada SMPC atas faktor kekurangan dana maka beliau mencadangkan agar mana-mana SMPC yang tidak mampu untuk menjalankan operasi ini diserapkan di dalam sekolah aliran kebangsaan kerana beliau percaya lebih banyak sekolah aliran kebangsaan yang daif dan lebih memerlukan bantuan dana dari sekolah persendirian cina.
Sekiranya dirujuk kepada peruntukan undang-undang, perlu diingat bahawa SMPC berada diluar dari Sistem Pendidikan Kebangsaan dan tidak tertakluk di bawah Akta Pendidikan Kebangsaan 1966. Seksyen 64 Akta Pendidikan Kebangsaan juga jelas menyatakan tanggungjawab menteri untuk menyalurkan bantuan hanya kepada institusi-institusi pendidikan di bawah seliaan Kementerian dan termasuklah Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan tetapi bukan Sekolah Persendirian. Sementara Seksyen 52 Akta Pendidikan secara specifik menyatakan institusi pendidikan Islam boleh diberikan bantuan dalam bentuk sumbangan oleh kerajaan.
RINGKASAN PERUNTUKAN
Peruntukan Kerajaan: Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)
Jumlah Peruntukan:RM15.7juta
Jumlah Sekolah:63 Buah SMPC
Peruntukan Sebuah SMPC:RM250,000
Kewajaran: Tiada
Peruntukan Kerajaan: Sekolah Agama (Tahfiz dan Institusi Pondok)
Jumlah Peruntukan:RM150 juta
Jumlah Sekolah:1,276 Buah Institusi Sekolah Agama Berdaftar
Peruntukan Sebuah SMPC:RM2117,500
Kwajaran: Seksyen 52 Akta Pendidikan Kebangsaan 1966
#PrezCom