KUALA LUMPUR, Sept 2025– United Kingdom Parliamentary Under-Secretary of State in the Department for Science, Innovation and Technology, Liz Lloyd speaks at the 5th ASEAN Economic Ministers (AEM)- United Kingdom Consultation in conjunction with the 57th AEM Meeting and Related Meetings at the Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC). –fotoBERNAMA(2025) COPYRIGHT RESERVED

Kuala Lumpur, 27/09/2025

Mesyuarat Konsultasi ASEAN–United Kingdom (UK) ke-5 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, baru-baru ini menyaksikan komitmen baharu untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua rantau. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, bersama rakan sejawatnya dari UK, H.E. Liz Lloyd, Timbalan Setiausaha Parlimen merangkap Menteri Ekonomi Digital

Perdagangan dan Pelaburan Berkembang Pesat
Dalam ucapan pembukaan, Tengku Zafrul menekankan bahawa nilai perdagangan barangan antara ASEAN dan UK mencapai USD 38.82 bilion pada 2024, menjadikan UK sebagai rakan dagang ke-11 terbesar ASEAN. Sementara itu, aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dari UK melonjak kepada USD 18.75 bilion, meletakkan UK di kedudukan ke-4 sebagai sumber FDI terbesar ASEAN pada 2024, berbanding tangga ke-7 pada tahun sebelumnya

“Pertumbuhan ini membuktikan kepentingan strategik hubungan ASEAN–UK, terutamanya dalam bidang ekonomi digital, kelestarian dan pertumbuhan hijau,” jelas Tengku Zafrul dalam ucapan beliau.

Rangka Kerja Kerjasama ASEAN–UK
Sejak UK diiktiraf sebagai Rakan Dialog ASEAN pada 2021, kerjasama dua hala telah diperkukuh melalui Deklarasi Bersama Menteri-Menteri ASEAN–UK mengenai Kerjasama Ekonomi Masa Hadapan. Deklarasi itu menjadi asas kepada pelbagai inisiatif termasuk Program Integrasi Ekonomi ASEAN–UK (EIP) yang dilancarkan pada 2024. Program tersebut memberi tumpuan kepada reformasi peraturan, fasilitasi perdagangan termasuk perdagangan digital, dan peningkatan keterangkuman kewangan

Kehadiran Delegasi Tinggi
Mesyuarat kali ini turut disertai Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN dari Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, serta Timor-Leste sebagai pemerhati. Turut hadir H.E. Dr. Kao Kim Hourn, Setiausaha Agung ASEAN, bersama delegasi rasmi United Kingdom yang diketuai oleh Liz Lloyd dan termasuk wakil kedutaan serta pegawai perdagangan kanan

Harapan Masa Hadapan
Ketika menutup ucapannya, Tengku Zafrul menegaskan bahawa selepas hampir lima tahun hubungan dialog ASEAN–UK, kini tiba masanya untuk menterjemahkan komitmen tinggi menjadi tindakan konkrit. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran H.E. Helen Fazey sebagai Duta UK baharu ke ASEAN yang dilantik pada Ogos 2025, dan menyatakan keyakinan bahawa kerjasama akan terus diperkukuh pada tahun-tahun mendatang

Mesyuarat Konsultasi ASEAN–UK ke-5 ini bukan sahaja menandakan pencapaian baharu dalam kerjasama ekonomi, malah menjadi platform penting untuk menyusun strategi jangka panjang. Dengan perdagangan dua hala dan pelaburan yang semakin meningkat, ASEAN dan UK dilihat berpotensi besar untuk membuka peluang ekonomi baharu yang lebih inklusif, hijau dan mampan bagi seluruh rantau.

#Prezcom