YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat jumaat di Masjid As-Salam, Sri Manja, Petaling Jaya, 21 April 2023. – SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri
NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT – SADIQ ASYRAF/P

Kuala Lumpur, 24 April 2023 3.30pm. Sambutan penganjuran rumah terbuka Perdana Menteri terutama di tiga (3 ) negeri dibawah Perikatan Nasional, Kedah, Kelantan dan Terengganu mendapat kritikan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa Majlis Rumah Terbuka itu sebenarnya adalah kempen Pilihanraya Negeri (PRN) yang akan datang. Menurut beliau Majlis itu melibatkan kos yang tinggi berbanding jika hanya di buat di Seri Perdana atau di sekitar Putrajaya dan bukannya di enam (6) negeri seperti yang di war-warkan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang tidak bersetuju dengan kenyataan Sanusi dan berkata penganjuran itu memberikan peluang kepada rakyat di negeri berkenaan untuk bersama hadir dan merayakan Aidilfitri berbanding jika dianjurkan di Putrajaya. Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, katanya; “Bukan semua orang dinegeri lain dapat berkunjung ke rumah terbuka ini jika diadakan di Seri Perdana…”

Sementara itu Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata negeri Kelantan tidak mempunyai halangan terhadap majlis itu dan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar pula mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri serta kabinet ke negeri itu.

Nota: Rumah Terbuka Malaysia MADANI bersama Perdana Menteri akan bermula pada 29 April 2023 di Kedah, 6 Mei 2023 di Pulau Pinang, 7 Mei 2023 di Negeri Sembilan, 12 Mei 2023 di Kelantan, 13 Mei 2023 di Terengganu dan kemuncak sambutan akan berlangsung di Kawasan Komersil Fasa 3, Taman Seri Gombak di Batu Caves, Selangor pada 14 Mei dari 8 malam hingga 11 malam.

Berita Berkaitan: Rumah Terbuka Madani https://prezcom.my/2023/04/20/malaysia-madani-pmx-turun-padang-sambut-majlis-rumah-terbuka-aidilfitri/

#PrezCom