Melaka, 23 April 2023 11.00 pm.

Terdahulu sebelum ini tular di media sosial video berdurasi 28 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun media sosial Facebook ‘Geng Viral Melaka’  yang memaparkan seorang individu memukul seorang pembeli lemang menggunakan sebatang lemang.

Hasil siasatan yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Melaka mendapati kejadian tersebut berlaku pada 21 April 2023 di mana pengadu telah pergi ke gerai menjual lemang di Bukit Beruang Melaka untuk menukar lemang yang dibeli waktu pagi yang didakwa tidak masak. Konflik yang bermula dengan pergaduhan mulut diatara pengadu dan peniaga lemang yang akhirnya membawa kepada pukul-memukul. Peniaga lemang didakwa telah memukul pengadu dengan buluh lemang di bahagian telinga sebelah kiri dan juga terkena pada tangan sebelah kanan. Pengadu kemudian meninggalkan tempat kejadian dan mendapatkan rawatan di Hospital Melaka dan seterusnya membuat laporan polis pada jam 21 April 2023 jam 8.25malam.

Susulan kejadian pihak PDRM telah menahan seorang lelaki Melayu di tepi Jalan Kota, Melaka Tengah, Melaka kerana disyaki terlibat dalam kes pukul dengan menggunakan Buluh Lemang. Kes telah disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mendatangkan cedera menggunakan senjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Pihak Polis juga mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta menjaga tingkah laku dan menghindari tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.

#PrezCom