Putrajaya, 22 April 2023 05.30pm. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil tindakan pantas membuat pemerikasaan tentang desas desus yang mengatakan terdapat ganguan bekalan telur ayam khususnya di pantai timur.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub memberitahu bekalan telur di pantai timur masih cukup dan stabil berdasarkan pemeriksaan keatas 255 buah premis pengedar Peruncit Terpilih (Dedicated Distributor Retailer) di seluruh kelantan dan mendapati sebanyak 220,140 bijik stok telur ayam pelbagai gred masih ada dipasaran. Stock telur ayam di Terengganu juga masih mencukupi dan masih boleh diperolehi di pasar rayat utama dan kedai-kedai runcit.

KPDN juga menerusi laman Facebook rasmi kementerian itu telah mengeluarkan Kenyataan Media memaklumkan perkara tersebut. KPDN juga meminta kerjasama dari orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung isu yang berkaitan untuk melaporkan aduan yang tepat dan lengkap melalui saluran berikut seperti dibawah:

WhatsApp: 019279 4317 / 019 848 8000
Portal e-Aduan KPDN iaitu http://e.aduan.kpdn.gov.my
Call Center 1800 886800
Email: e-aduan@kpdn.gov.my
Aplikasi Telefon Pinter Ez Adu KPDN; dan
Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6254

Salahuddin mengingatikan orang ramai agar tidak panik dan memberitahu bahawa pihaknya (KPDN) akan terus mempergiat membuat pemantuan bukan sahaja di Pantai Timur tapi di seluruh negara bagi memastikan bekalan telur ayamg mencukupi terutamanya sewaktu sambutan Aidilfitri.

#PrezCom