Kuala Lumpur, 21 April 2023. Skuad Harimau Malaya kendalian Osmera Omaro, Bawah 17 Tahun (B17) negara merekodkan lima (5) kemenangan didalam perlawanan persahabatan di Doha, Qatar baru-baru ini dan seterusnya mencerhkan harapan untuk menjejak kaki ke Piala Dunia B-17.

Skaud Harimau Malaya telah mengharungi keseluruhan enam (6) perlawanan persahabatan dengan meraih lima kemenangan dan satu kekalahan tipis apabila tewas 1-0 kepada Akademi Aspire U17 pada perlawanan penutup di Pusat Latihan Universiti Qatar. Secara keseluruhan Skaud Harimau Malaya telah berjaya menaringkan sebanyak 21 jaringan goal dan hanya bolos empat (4) pada keseluruhan perlawanan.

Skaud negara yang diletakkan didalam Kumpulan A telah menjalani siri jelajah latihan di Doha, Qatar pada 9 April lalu bagi menhadapi saingan Piala Asia B-17 2023 di Thailand pada 15 Jun ini. Mereka di jangkakan akan berdapen dengan tuan rumah Thailand pada 18 Jun 2023 dan Laos pada 20 Jun 2023.

#PrezCom