
Hiroshima, Jepun. 10/8/2025
Pada 6 Ogos 2025 yang lalu, lautan manusia dar serata 120 negara berhimpun di Taman Memorial Damai Hiroshima untuk memperingati letupan bom atom “Little Boy” yang meragut lebih 78,000 nyawa secara serta-merta, dengan kematian menambah puluhan ribu lagi akibat kesan radiasi sepanjang tahun itu. Dalam detik sunyi pada jam 8:15 pagi suasana senyap seketika dan kemudian kedengaran suaraDatuk Bandar Hiroshima, Kazumi Matsui, memberi amaran mengenai kebangkitan semula militerisme global dan menegaskan bahawa Amerika Syarikat dan Rusia kini memiliki 90 peratus daripada simpanan senjata nuklear dunia.
Tragedi Hiroshima bukan sekadar memusnahkan kota dalam sekelip, tetapi terus membentuk masa depan pendek dan generasi yang terkesan. Pada akhir tahun 1945, korban meningkat kepada 140,000 orang di Hiroshima saja. Penanda aras terkini menunjukkan, bilangan mereka yang masih hidup merangkumi mereka yang pernah mengalami peristiwa letupan atom atau kesan radiasinya, dikenali sebagai ‘hibakusha,’ iaitu istilah Jepun yang membawa maksud “mangsa yang terjejas oleh bom”
Menurut data rasmi, pada 31 Mac 2024, seramai 106,825 hibakusha masih hidup, majoritinya di Jepun. Mereka ini layak menerima bantuan perubatan dan kewangan di bawah undang-undang rasmi negara. Namun, jumlah mereka yang memegang buku kesihatan untuk rawatan seumur hidup telah menurun kepada 99,130 orang setakat Mac 2025, dengan purata usia meningkat kepada 86 tahun lebih.
Dengan usia mereka menjangkau lebih 86 tahun, majlis ulang tahun ke-80 ini mungkin detik terakhir bagi kebanyakan daripada mereka untuk terus memberikan kesaksian. Pemimpin seperti Matsui memperingatkan bahawa naratif Hiroshima menjadi lebih penting bukan hanya sebagai ingatan, tetapi sebagai peringatan bagi dunia yang kini semakin menerima senjata nuklear sebagai “deterrence” — satu istilah yang membahayakan kesinambungan damai.
Cerita Hiroshima membuka ruang penting bagi Malaysia dan negara-negara seumpama dalam rantau Asia untuk menghayati nilai keamanan sejagat dan menjadikan pelajaran sejarah ini sebagai asas untuk menyokong undang-undang antarabangsa anti-nuklear, seperti TPNW (Perjanjian Larangan Senjata Nuklear). Sokongan moral kepada survivorship mangsa atom, dokumentasi sejarah, dan educasi awam perlu diperkasa — sebagai warisan yang tidak boleh dibiarkan meredup bersama generasi terakhir hibakusha.
Detik gempa Hiroshima itu bukan sekadar sejarah purba tetapi ia kekal berdenyut dalam memori kolektif umat manusia, menuntut ketegasan dan tindakan global. Usaha memperjuang keamanan dan penghapusan nuklear harus terus diperteguh dan diperjuangkan tanpa menunggu hari esok sebelum cerita getir generasi hibakusha lenyap. Marilah kita bertindak sebelum terlambat, demi menyemai dunia tanpa ancaman nuklear.
#Prezcom