Kuala Lumpur, 19 April 2023.  YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri 2023 pada 1 Syawal 1444H di tiga (3) buah negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu dan tidak seperti sambutan Aidilfitri sebelum-sebelum ini yang biasanya di adakan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Butiran Lanjut Seperti Berikut sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri 2023 pada 1 Syawal 1444H di tiga (3) buah negeri adalah seperti berikut:

Negeri Kedah:
Tarikh: 29 April 2023
Tempat: Hotel Raia, Alor Setar
Masa: 10.00 pagi hingga 2.00 petang
Kehadiran: 25,000 pengunjung
Peneraju: Kementerian Dalam Negeri

Negeri Kelantan:
Tarikh: 12 Mei 2023
Tempat: Perkarangan Stadium sultan Muhammad ke-IV
Masa: 7.00 petang hingga 10.30 malam
Kehadiran: 15,000 pengunjung
Peneraju: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

Negeri Terengganu:
Tarikh: 13 Mei 2023
Tempat: Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Masa: 7.00 petang hingga 10.30 malam
Kehadiran: 15,000 pengunjung
Peneraju: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sebagai kementerian

Rumah Terbuka ini akan di anjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Unit Penyelaras Lonjakan Prestasi (PACU) selaku penyelaras utama program ini. Selain itu terdapat tiga (3) lagi Rumah Terbuka Aidilfitri yang akan di hadiri Perdana Menteri yang dianjurkan masing-masing oleh kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

YAB Perdana Menteri akan menjadi tetamu jemputan utama bagi menyantuni pelabgai lapisan rakyat di majlis ini. YAB Menteri Besar atau Ketua Menteri juga akan dijemput selain Ahli Jemaah Menteri Persekutuan

#PrezCom
#Aidilfitri