21 Peserta Terpilih Sertai Program Latihan Yayasan Sime Darby–CIDB

GOMBAK / SELANGOR, 14 Jun 2025. Seramai 21 peserta muda terpilih daripada lebih 800 permohonan seluruh negara telah menyertai program eksklusif YSD Skill Enrichment – Empowering the Nation, Enriching the Future, anjuran Yayasan Sime Darby (YSD) dengan kerjasama CIDB Malaysia, yang kini giat dijalankan bagi melahirkan tenaga kerja kompeten dalam bidang keselamatan tapak bina.

Sesi pendaftaran peserta bermula ada pada 10 Jun 2025 dan program pertama module ‘binapasukan’ dijalankan pada hari berikutnya iaitu pada 11-13 Jun 2025. Majlis perasmian program telah dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pn. Herney Abd Ghafar, Pengurus Besar CIDB Holdings Sdn Bhd. Antara lain program ini menyasarkan pembangunan profesional muda dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), khususnya melalui modul Site Safety Supervisor (SSS) atau Penyelia Keselamatan Tapak Binaan, selaras dengan keperluan industri pembinaan masa kini.

Latihan Intensif dan Tajaan Penuh: Platform Lonjakan Kerjaya
Sepanjang dua bulan pelaksanaan, peserta akan mengikuti siri latihan intensif secara teori dan praktikal, termasuk:
1. Teambuilding selama 3 hari
2. Kelas Kad Hijau (ESICW)
3. Latihan Penyelia Keselamatan Tapak Binaan (10 hari)
4. Kursus ‘Working at Height’
5. Lawatan Tapak di Sime Darby Properties
6. Hari Temuduga bersama potensi majikan
7. Peperiksaan akhir (2 kertas)

Latihan ini juga merangkumi pembangunan resume dan sesi bersama YSD, menjadikan peserta bukan sahaja mahir dari segi teknikal tetapi juga bersedia dari aspek perwatakan dan kemahiran insaniah. Program ini ditaja sepenuhnya, termasuk penginapan percuma dan elaun harian kepada semua peserta.

21 Peserta Terpilih Sertai Program Site Safety Supervisor

Pemilihan Ketat dan Sokongan Industri
Menurut wakil YSD, pemilihan peserta dibuat secara teliti dan kompetitif, menilai latar belakang pendidikan, semangat kepimpinan, serta potensi pertumbuhan kerjaya dalam industri binaan. “Daripada lebih 800 calon, hanya 21 individu terbaik dipilih. Ia bukan sahaja mencerminkan kualiti peserta, tetapi juga komitmen kami untuk membina modal insan yang mampu menyumbang secara langsung kepada pembangunan negara,” katanya.

Salah seorang peserta, Nor Aina Mardiah binti Noraidi, meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang menyertai program ini: “Saya rasa sangat bertuah. Saya akan manfaatkan sepenuhnya ilmu, latihan, dan pendedahan yang diberi bagi memulakan kerjaya dalam bidang yang mencabar ini.”

Sijil Kompetensi & Peluang Kerjaya
Selesai menjalani latihan, peserta akan layak memperoleh persijilan rasmi Penyelia Keselamatan Tapak Binaan, yang diiktiraf oleh CIDB Malaysia, membolehkan mereka bergelar “Orang Yang Kompeten (OYK)” dan memulakan kerjaya sebagai penyelia keselamatan dalam sektor pembinaan. Program ini turut membuka ruang kepada penempatan kerja secara langsung melalui kolaborasi strategik bersama pemain industri yang hadir semasa sesi temuduga. Ini menjadikan latihan ini bukan sekadar teori, tetapi laluan terus ke alam pekerjaan bagi belia berpotensi.

21 Peserta Terpilih Sertai Program Site Safety Supervisor

YSD dan CIDB – Menyediakan Masa Depan Melalui Pendidikan dan Pembangunan Teknikal
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha jangka panjang Yayasan Sime Darby dalam membina masa depan negara melalui pendidikan teknikal dan vokasional (TVET). Dengan kerjasama CIDB Holdings Sdn Bhd selaku rakan latihan dan pensijilan, inisiatif ini menyasarkan peningkatan kualiti tenaga kerja serta pematuhan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Majlis perasmian program telah dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pn. Herney Abd Ghafar, Pengurus Besar CIDB Holdings Sdn Bhd. Dengan pelaksanaan program latihan seumpama ini, YSD dan CIDB membuktikan komitmen mereka untuk membangunkan tenaga muda yang berkualiti, beretika dan bersedia bersaing di peringkat industri. Program ini bukan sekadar latihan ia adalah platform mobiliti sosial dan transformasi hidup bagi belia Malaysia, khususnya dari latar belakang berpendapatan rendah yang berpotensi besar untuk berjaya.

Kredit: Nor Aina Mardiah binti Noraidi

#Prezcom