Kuala Lumpur, 18 April 2023.  Kenyataan Penasihat Agung Parti Tindakan Demokratik  DAP), Lim Kit Siang berhubung isu ‘Pengampunan Najib Razak’ didapati telah mendatangkan keresahan dan peningkatan pada suhu politik UMNO-DAP. UMNO yang sebelum ini sebulat suara bersetuju untuk mempersembahkan memorandum rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pembebasan Najib Razak telah mendapat kritikan sinis daripada Kita Siang yang berkata “Ada mereka yang percaya bahawa cara untuk UMNO mengembalikan sokongan adalah dengan mendapatkan pengampunan untuk Najib Razak, saya tidak bersetuju, jika tidak pengajaran yang diterima UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dan Ke 15 tidak akan berlaku”

Kit Siang yang berpendapat pengampunan Najib tidak akan memberi pengajaran kepada UMNO yang telah ditolak rakyat telah dibidas oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi melalui hantarannya di Facebook peribadi miliknya yang menyuruh Kit Siang untuk diam daripada mengeluarkan sebarang kenyataan. Datuk Mohd Puad Zarkashi dalam hantaran Facebooknya itu berkata, katanya;

“Sebenarnya dia suka Najib dipenjarakan. Dia eksploit isu kleptokrasi tetapi membisu kes rasuah banglo anaknya. Dia gembira anaknya lepas kerana Tommy Thomas buang kes. Buku memoir Tommy Thomas dedah perlantikannya sebagai Peguam Negara atas usaha dan percaturan Lim Kit Siang. Maka apa yang dihairankan dengan hipokrasi Lim Kit Siang. Padanya biarlah Najib masuk penjara asalkan anaknya bebas.” Datuk Mohd Puad Zarkashi juga menambah, “Kini seorang Menteri DAP disiasat oleh SPRM. Dua pegawanya ditahan kerana rasuah. Baru lima bulan jadi Menteri. Kenapa Kit Siang dan DAP membisu?”

Itu dan pertikaian antara DAP dan UMNO ini tidak berhenti disitu sahaja, beberap pandangan dan kenyataan lain juga dikeluarkan antaranya dari Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi, Penganalisis sosio-politik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya yang berkata; “Pemimpin DAP dan PKR harus menghormati keputusan UMNO dan bukan mengkritiknya. Lebih-lebih lagi, (pengampunan diraja) terletak kepada Yang di-Pertuan Agong, dan bukannya UMNO atau Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya seperti dilapor MalayMail hari ini (18 April 2023).

atuk Nur Jazlan bin Mohamed pula mengingatkan DAP bahawa parti itu juga menjadi liabiliti bagi rakan gabungannya itu dalam usaha memikat semula sokongan pengundi Melayu. Pakatan UMNO bersama DAP akan menjadi cabaran kepada UMNO untuk memenangi semula keyakinan orang Melayu, terutama dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

Sementara itu Utusan Malaysia, semalam melaporkan Ismail Sabri berkata dia menjangkakan keretakan dalam hubungan itu akibat pergeseran antara Umno dan DAP berikutan perang mulut antara beberapa tokoh dalam kedua-dua parti itu.

#PrezCom