Kuala Lumpur, 17 April 2023.  Terdahulu sebelum ini Siti Nuramira Abdullah membuat satu pertunjukan pentas di Crack House Comedy TTDI, beliau yang padamulanya tampil berpakaian sopan menutup aurat dan bertudung dengan penuh yakin memperkenalkan dirinya, katanya: “Helo dan Assalammualaikum everyone. Nama saya Siti Nuramira Abdullah. Saya berasal daripada Kuala Kangsar, Perak. I’am Malay dan Muslim dan saya telah menghafal 15 Juzuk Al-Quran, but One Second.”

Selepas mengaku hafal 15 Juzuk surah Al Quran beliau meletakkan pembeser suara dan terus membuka tudung, baju dan kainnya. Penonton yang hadir di program itupun bersorak melihat aksi Nuramira. Video persembahan berdurasi 54 saat itu tular di media sosial serta mula mendapat kritikan warganet kerana dianggap menghina umat Islam.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengambil tindakan menyiasat isu video yang didakwa mempersenda dan menghina kesucian agama Islam. Siasatan dibuat di awah Akta 599 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Seksyen 7 iaitu menghina atau menyebabkan dipandang hina terhadap agama Islam. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang juga menerima aduan berkenaan isu yang sama telah mengambil tindakan membukan siasatan mengikut Seksyen 298(1)(A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian). Walaubagaimanapun Siti Nuramira Abdullah membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Hari ini, Siti Nuramira Abdullah menukar pengakuan kepada bersalah dan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Hakim N Priscilla Hemamalini memutuskan Siti Nuramira Abdullah bersalah dan dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan (melukakan perasaan agama orang lain) iaitu hukuman denda RM8,000 susulan persembahan komedi yang di katakan menghina agama orang lain.

Nota: Kesalahan dilakukan di Restoran Crack House Comedy Club, Tingkat 1, 24 Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, Brickfields, 4 Jun 2022, mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK).

#PrezCom