
Kuala Lumpur, 17 April 2023. . Menteri Pengankutan, Anthony Loke membuat penafian tentang dakwaan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, Presiden Malaysian Chinese Association (MCA) semalam yang membuat hantaran di Facebook (https://www.facebook.com/wksbmenglish) dan ciapan di Akaun Twitter peribadinya yang menyurakan kekecewaan beliau berkenaan isu harga tiket kapal terbang terlalu mahal bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau menjelang Hari Raya Aidilfitri. Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong memberitahu bahawa tiket kapal terbang mencecah RM3,138.00 dan menghantar bukti tangkapan skrin yang memaparkan dakwaan beliau.
Anthony Loke didalam kenyataannya balas yang dibuat di Facebook (https://www.facebook.com/lokesiewfook) peribadi milik beliau menyangkal dakwaan itu dan mendakwa bahawa harga tiket yang dinyatakan oleh Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong bukanlah harga tiket kelas ekonomi tetapi sebaliknya untuk tiket penerbangan kelas perniagaan. Anthony Loke didalam kenyataannya juga menambah, katanya: “Saya telah menghubungi Group CEO Malaysia Airlines (MAB), Captain Izham dan mengesahkan semua tiket kelas ekonomi untuk penerbangan KL-Tawau pada hari tersebut telah habis dijual dan tiket yang tinggal hanyalah kelas perniagaan. Ini fakta yang perlu diperbetulkan. Sebagai mantan Menteri Pengangkutan, saya yakin YB Wee faham perbezaan antara tiket Kelas Perniagaan dan Kelas Ekonomi.”
Sementara itu Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong pula menyelar kenyataan balas dari Anthony Loke yang dianggapnya tidak berasas dan sebagai satu ‘Tuduhan Liar’ yang dibuat keatasnya serta menunjukkan bukti tangkapan skrin (screenshot) yang dibuatnya pada pukul 3.30 petang semalam dan oleh tiga (3) orang individu berlainan yang menunjukkan harga yang sama iaitu RM3,138.00. Datuk Seri Dr. Wee juga menambah, katanya; Isu pokoknya ialah bagaimana Kerajaan dapat menawarkan harga tambang yang berpatutan kepada rakyat, bukan membidas saya secara semberono!”
#PrezCom