Sidang Kemuncak ASEAN 2025: Penutupan Jalan Utama di Lembah Klang Bermula Jumaat Ini

KUALA LUMPUR, 21 Mei 2025. Sebanyak enam lebuh raya utama dan 25 jalan penting di sekitar Lembah Klang akan ditutup secara berperingkat mulai 23 hingga 28 Mei sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025 yang akan berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, penutupan ini bertujuan memastikan kelancaran trafik bagi konvoi delegasi ASEAN dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pangkalan Udara Subang, hotel-hotel penginapan delegasi, pusat persidangan KLCC, serta Istana Negara.

Antara lebuh raya yang terlibat termasuk Lebuhraya ELITE, Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya KL-Seremban, Lebuhraya Utara-Selatan, dan Lebuhraya Koridor Guthrie. Jalan-jalan utama seperti Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Ampang, Jalan Bukit Bintang, dan Jalan Parlimen turut terjejas.

Kawalan trafik akan bermula 30 minit sebelum pergerakan konvoi rasmi, dengan penutupan dan lencongan dilakukan secara berperingkat antara pukul 8 pagi hingga 8 malam setiap hari sepanjang Sidang Kemuncak ini. Seramai 789 anggota trafik akan bertugas bagi memastikan kelancaran perjalanan serta keselamatan sepanjang acara berlangsung.

“Kami menasihatkan pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan lebih awal, menggunakan pengangkutan awam, serta mengelakkan laluan-laluan yang terlibat,” ujar Mohd Yusri. Beliau turut menegaskan bahawa kenderaan yang diparkir secara sembarangan sehingga menghalang lalu lintas akan ditunda serta tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan terhadap mereka yang melanggar arahan ini.

Berikut adalah jadual penutupan dan lencongan jalan:

23 hingga 26 Mei (Ketibaan Delegasi)
Lebuhraya KLIA
Lebuhraya ELITE (KLIA-Putrajaya)
NKVE (Subang-Jalan Duta)
Lebuhraya Guthrie
Lebuhraya Utara-Selatan (Sungai Buloh-Pusat Bandar)
MEX Expressway
Lebuhraya KL-Seremban
Lingkaran Putrajaya
Jalan Istana
Jalan Damansara
Jalan Tun Abdul Razak
Jalan Ampang
Jalan Sultan Ismail
Jalan Bukit Bintang
Jalan Imbi
Jalan Parlimen
Jalan Kuching

26 Mei
8 pagi sehingga selesai (hotel ke KLCC)
5:30 petang sehingga selesai (KLCC ke hotel)
Simpang Jalan Ampang/ Jalan P. Ramlee
Simpang Jalan Sultan Ismail/ Jalan P. Ramlee
Simpang Jalan Perak / Jalan P. Ramlee
Simpang Jalan Perak / Jalan Pinang
Simpang Jalan Stonor / Jalan Kia Peng
Simpang Jalan Stonor / Persiaran KLCC

27 Mei
8 pagi hingga 10:30 pagi (hotel ke KLCC)
11:45 pagi hingga 1 petang (KLCC ke Istana Negara)
1:45 petang hingga 3 petang (Istana Negara ke KLCC)

Masa: 8 pagi hingga 10:30 pagi (hotel ke KLCC)
Simpang Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee
Simpang Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee
Simpang Jalan Perak / Jalan P. Ramlee
Simpang Jalan Perak / Jalan Pinang
Simpang Jalan Stonor / Jalan Kia Peng
Simpang Jalan Stonor / Persiaran KLCC

Masa: 11:45am to 1pm (KLCC to Istana Negara)
Sepanjang Jalan Tun Razak
Sepanjang Jalan Mahameru
Sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim

Masa: 1:45pm to 3pm (Istana Negara to KLCC)
Sepanjang Jalan Parlimen/Jalan Kuching
Sepanjang Jalan Sultan Ismail
Simpang Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee
Simpang of Jalan Perak / Jalan P. Ramlee
Simpang of Jalan Perak / Jalan Pinang
Simpang of Jalan Stonor / Jalan Kia Peng
Simpang of Jalan Stonor / Persiaran KLCC

28 Mei
Dari jam 8.00 pagi , bermula dari hotel ke KLIA/Subang Air Force Base

Lebuh KLIA
Elite Expressway (KLIA-Putrajaya)
NKVE (Subang-Jalan Duta)
Guthrie Expressway
North-South Expressway (Sungai Buloh-City Centre)
MEX Expressway
KL-Seremban Expressway
Lingkaran Putrajaya
Jalan Istana
Jalan Damansara
Jalan Tun Abdul Razak
Jalan Ampang
Jalan Sultan Ismail
Jalan Bukit Bintang
Jalan Imbi
Jalan Parlimen

Penutupan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat dengan setiap penutupan berlangsung selama 30 minit untuk membolehkan konvoi peserta dan tetamu Sidang Kemuncak ASEAN tiba ke destinasi tepat pada masanya. Orang ramai diingatkan supaya tidak meletak kenderaan sesuka hati di sepanjang jalan yang terlibat bagi melancarkan aliran trafik, dan tindakan penguatkuasaan akan diambil termasuk menunda kenderaan yang melanggar peraturan. Kenderaan perniagaan dan kenderaan berat juga dilarang memasuki pusat bandar dari pukul 4.30 pagi hari ini hingga 28 Mei.

Bayangkan suasana pagi di ibu kota Kuala Lumpur yang biasanya sibuk bertukar menjadi suasana terkawal, dengan anggota polis trafik mengatur aliran lalu lintas secara profesional, memandu konvoi rasmi delegasi ASEAN dengan cekap menuju lokasi utama. Ini adalah gambaran sebenar yang bakal dilihat oleh warga kota semasa tempoh Sidang Kemuncak ASEAN.

#Prezcom