
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ingin menarik perhatian mengenai laporan keputusan siasatan salah laku melibatkan pegawai AADK Negeri Sembilan yang dikeluarkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang melalui siaran media bertarikh 19 Mei 2025.
AADK akan mengambil tindakan segera terhadap laporan siasatan ini dan tidak sesekali berkompromi atau melindungi mana-mana kakitangan yang terlibat dengan salah laku dan pelanggaran integriti. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana kakitangan jika didapati bersalah berdasarkan peruntukan perundangan sedia ada.
Sehubungan itu, AADK sentiasa mengingatkan kepada semua kakitangan untuk melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta garis panduan berdasarkan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS).
Sebagai sebuah agensi penguatkuasa, AADK akan terus bekerjasama erat dengan EAIC dalam usaha peningkatan tadbir urus yang baik dalam agensi khususnya yang melibatkan siasatan terhadap sebarang aduan salah laku dan integriti dalam kalangan kakitangan AADK.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Malaysia
#Prezcom