Kuala Lumpur, 16 April 2023. Bekas Menteri Pengankutan yang juga Presiden Malaysian Chinese Association (MCA), Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang prihatin dengan nasib rakyat hari ini menyuarakan kekecewannya berkenaan isu harga tiket Kapal Terbang yang terlalu mahal dari Kuala Lumpur ke Tawau menjelang Hari Raya Aidilfitri. Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang menbuat ciapan di Twitter miliknya berkata: “Hasil semakan mendapati tiket penerbangan sehala dari KL ke Tawau untuk kelas ekonomi menjelang musim Hari Raya Aidilfitri ini (20 April 2023) menjangkau RM3,138. Ini amat mengejutkan dan mengecewakan orang ramai, khususnya pengguna pengangkutan awam”

Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong juga mempertikaikan jawapan yang acap kali diberikan oleh pihak kerajaan yang sudahpun dijangkakannya iaitu “dasar kerajaan tidak mengawal tambang penerbangan kerana dynamic pricing mechanism”. Beliau yang turut membuat hantaran di Facebooknya menambah, katanya; “Saya merayu kepada syarikat penerbangan, berpada-padalah, tambang terlalu tinggi membebankan rakyat jelata. Jangan sampai seluruh rakyat membuat andaian bahawa syarikat penerbangan tertentu dilihat mengeksploitasikan keadaan dengan mengaut keuntungan tinggi sehingga semua kerugian yang ditanggung semasa COVID-19 mahu dipulihkan (recovered) dalam tempoh yang singkat.”

Sementera itu Menteri Pengankutan, Anthony Loke dilaporkan berkata; “”Berkali-kali kementerian menjawab bahawa dari segi harga tiket kapal terbang, ia adalah dinamik dan kita tidak boleh letak harga siling sebab kalau buat atau kawal dari segi harga tetap, ia mungkin akan jejaskan sektor penerbangan,” beliau menyarakkan adalah lebih baik untuk syarikat penerbangan untuk meningkatkan kekerapan penerbangan bagi mengurangkan dinamik perubahan harga.

#PrezCom