Kuala Lumpur, 16 April 2023.  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Kementerian Ekonomi melancarkan sebuah inisiatif rancangan ‘Realiti TV Inovasi’ yang dikenali sebagai ‘Innovathon’. Inisiatif ini telah dilancarkan oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi di Majlis Pra-Pelancaran INNOVATHON di Kuala Lumpur pada 14 April 2023. MOSTI menjemput semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan had umur yang berdaya inovasi termasuk usahawan teknologi, penyelidik, startup dan pelajar untuk turut serta menyertai program ini dan MOSTI menawarkan hadiah wang tunai serta pelaburan jenis perkhidmatan sehingga RM1 juta kepada peserta yang berjaya. Program ini diharapkan akan dapat meningkatkan penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) selaras dengan slogan MOSTI iaitu ‘Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi.’

INNOVATHON bakal disiarkan melalui saluran Astro bagi membolehkan inovator tempatan dari pelbagai peringkat mengetengahkan idea dah hasil ciptaan teknologi dan ionvasi kepada rakyat Malaysia umumnya dan mencari potensi untuk mendapatkan pelaburan dalam pengkomersialan produk inovasi tersebut. MOSTI menawarkan hadiah wang tunai serta pelaburan jenis perkhidmatan sehingga RM1 juta kepada peserta

Enam (6) sesi uji bakat akan diadakan di seluruh Malaysia bagi mencungkil bakat-bakat inovator sedia ada dan seterusnya dibimbing serta dibantu oleh mentor-mentor yang berkelayakan dalam ekosistem penyelidikan, pembangunan dan inovasi sepanjang episod mingguan berlangsung. Sebanyak lapan (8) episod INNOVATHON yang melibatkan 56 peserta yang telah melepasi proses saringan di sesi uji bakan akan disiarkan.

Bagi menyertai inisiatif ini, peserta perlu menyediakan klip video berdurasi 1 minit dan dihantar melalui e-mel ke inovasi@astro.com.my selewat-lewatnya pada 7 Mei 2023.

TikTok: Realiti TV INNOVATHON Tawar Hadiah RM1Juta. https://vt.tiktok.com/ZGJacpw9g/

#PrezCom