Kuala Lumpur : Turun sebagai pasukan pilihan bukan menjamin keselesaan buat anak buah Bojan Hodak apa bila terpaksa bekerja keras untuk mengatasi Pasukan Liga M3, Imigresen FC dengan Jaringan 2 – 0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur malam tadi. Jaringan pertama KL City dijaringkan pada masa tambahan separuh masa pertama oleh T Saravanan dan di ikuti gol kedua oleh Romel Morales pada minit ke-83.

Di Stadium Sultan Ibrahim, JDT menepati ramalam apabila berjaya menewaskan PDRM FC dengan keputusan 3 – 0 apabila seawal minit ke-3 berjaya mengegarkan gawang PDRM FC dengan Jaringan oleh Bergson Da Silva.Pada minit ke-12, JDT di hadiahkan sepakan penanti apabila Akhyar Rashid di kasari di dalam kotak penalti dan Bergson dengan mudah menjaringkan gol kedua untuk JDT. Jaringan ketiga JDT dijaringkan oleh Leandro Velazquez pada minit ke-27 yang juga melalui sepakan penalti apabila akhyar dijatuhkan sekali lagi.

Manakala Terengganu FC bukan lawan buat Pasukan Liga M3, Melaka FC apabila berjaya melakar kemenangan dengan Jaringan 4 – 0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam tadi.

#PrezCom