SME Bank, Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana sekali lagi menganjurkan Pertandingan ‘SME Bank Sandbox Competition 2023’ yang bertujuan untuk mencari idea perniagaan inovatif yang mampu memberikan impak kepada komuniti di bawah salah satu komponen ESG iaitu Matlamat Pembangunan Mampan 12 (SDG 12) : Penggunaan dan Pengeluaran Mampan, Bangsa-Bangsa Bersatu.

Orang ramai khususnya usahawan dan ‘innovator’ mempunyai idea perniagaan yang inovatif atau sedang menjalankan perniagaan yang memberi impak kepada persekitaran, sosial (komuniti) dan ekonomi setempat adalah dipelawa untuk menyertai pertandingan ini serta berpeluang memenangi hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM160,000.00 dan akan menerima pengiktirafan serta berpotensi untuk dilaksanakan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Jun 2023.

Pertandingan ini memerlukan peserta untuk menghantar idea/model perniagaan yang berkaitan dengan SDG 12: Memastikan Corak Penggunaan dan Pengeluaran Mampan, yang memfokuskan kepada masalah di Malaysia dalam bidang seperti:

  1. Pertanian
  2. Pengeluaran Makanan Mampan, Kitar Semula Makanan, Pembaziran Makanan
  3. Kesihatan dan Keselamatan
  4. Tenaga Boleh Diperbaharui (Alternatif), Penggunaan Tenaga Mampan
  5. Pelancongan Mampan
  6. Digitalisasi & IT
  7. Inklusi Sosial dan Kewangan

Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat pertandingan “SME Bank Sandbox Competition 2023”, sila layari www.smebank.com.my/sandbox.

#PrezCom
#CoachMegat