
KUALA LUMPUR, 23 April 2025. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan arahan rasmi agar produk makanan dari Indonesia yang disahkan halal tetapi dikesan mengandungi DNA babi ditarik semula daripada pasaran Malaysia.
Arahan ini menyusul selepas pengumuman daripada Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) dan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia semalam, yang mendedahkan bahawa 11 batch daripada sembilan produk makanan mengandungi elemen porcine berdasarkan keputusan analisis makmal.
Tindakan Pemantauan dan Pencegahan Segera oleh JAKIM
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajudin Suhaimee, menjelaskan bahawa JAKIM telah bertindak proaktif dengan menjalankan pemantauan bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi mengesan sekiranya produk terlibat telah memasuki pasaran tempatan. “JAKIM turut mengarahkan semua pengimport terlibat agar segera menarik balik produk tersebut dan melaporkan kepada JAKIM melalui emel rasmi ukkjakim@islam.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan.
Langkah ini diambil selaras dengan prinsip utama pensijilan halal negara untuk melindungi hak pengguna Muslim dan mengekalkan integriti sistem pensijilan halal Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Produk Disahkan Halal Namun Didapati Tidak Patuh
Menurut kenyataan BPJPH, daripada 11 batch yang dikesan, tujuh produk memiliki sijil halal, manakala dua lagi tidak memiliki sijil halal. Penarikan semula produk-produk ini telah dilakukan di Indonesia dan JAKIM menyatakan sokongan terhadap tindakan segera oleh pihak berkuasa republik itu.
Seruan Kepada Masyarakat: Laporkan Jika Ternampak
JAKIM turut menggesa masyarakat untuk memainkan peranan dengan menyalurkan maklumat atau aduan jika menemui produk terbabit di pasaran. Pengguna boleh menggunakan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM menerusi pautan: https://islam.spab.gov.my/eApps/system/index.do
“JAKIM amat komited untuk memastikan hanya produk yang benar-benar mematuhi piawaian halal sahaja berada dalam pasaran tempatan,” ujar Sirajudin lagi.
Isu Halal: Sensitiviti Tinggi, Tanggungjawab Bersama
Dalam konteks pengguna Muslim, status halal bukan sekadar simbol tetapi merupakan isu prinsip dan akidah. Maka, sebarang pelanggaran terhadap standard halal walaupun dilakukan di luar negara perlu diberi perhatian serius. Kes seperti ini juga mengingatkan kita tentang kepentingan ketelusan rantaian bekalan, penguatkuasaan standard makmal yang ketat, dan keperluan kerjasama erat antara badan pensijilan antarabangsa.
Antara Produk Yang Dikenal Pasti Mengandungi DNA Babi (Porcine)
Senarai lengkap masih belum diumumkan secara terperinci oleh JAKIM, namun portal berita Indonesia, Kompas.com telah mengeluarkan senarai produk-produk tersebut seperti dibawah dengan judul “BPJPH dan BPOM Temukan 7 Produk Berlabel Halal tapi Mengandung Babi, Ini Daftarnya”. Produk mengandung babi Berikut ini sembilan produk mengandung babi, termasuk tujuh di antarana berlabel halal:
1. Corniche Fluffy Jelly Marshmallow (Marshmallow Aneka Rasa Leci, Jeruk, Stroberi, Anggur)
-Diproduksi oleh: Sucere Foods Corporation, Filipina
-Diimpor oleh: PT Dinamik Multi Sukses
-Berizin edar BPOM dan bersertifikat halal BPJPH
-Batch nomor: 09052212 S2 dan 08192251 S1.
2. Corniche Marshmallow Rasa Apel Bentuk Teddy (Apple Teddy Marshmallow)
-Diproduksi oleh: Sucere Foods Corporation, Filipina
-Diimpor oleh: PT Dinamik Multi Sukses
-Berizin edar BPOM dan bersertifikat halal BPJPH.
-Batch nomor: 02122212 B1.
3. ChompChomp Car Mallow (Marshmallow Bentuk Mobil)
-Diproduksi oleh: Shandong Qingzhou Erko Foodstuffs Co., Ltd., China
-Diimpor oleh: PT Catur Global Sukses
-Berizin edar BPOM dan bersertifikat halal BPJPH
-Batch nomor: 151223B.
4. ChompChomp Flower Mallow (Marshmallow Bentuk Bunga)
Diproduksi oleh: Shandong Qingzhou Erko Foodstuffs Co., Ltd., China
Diimpor oleh: PT Catur Global Sukses
Berizin edar BPOM dan bersertifikat halal BPJPH
Batch nomor: 101023B.
5. ChompChomp Marshmallow Bentuk Tabung (Mini Marshmallow)
-Diproduksi oleh: Shandong Qingzhou Erko Foodstuffs Co., Ltd., China
-Diimpor oleh: PT Catur Global Sukses
-Berizin edar BPOM dan bersertifikat halal BPJPH
-Batch nomor: N0231123A.
6. Hakiki Gelatin (Bahan Tambahan Pangan Pembentuk Gel)
-Diproduksi oleh: PT Hakiki Donarta
-Berizin edar BPOM dan bersertifikat halal BPJPH
-Batch nomor: HG12522101.230801 dan HG2502403.240801.
7. Larbee – TYL Marshmallow isi Selai Vanila (Vanilla Marsmallow Filling)
-Diproduksi oleh: Labixiaoxin (Fujian) Foods Industrial, China
-Diimpor oleh: Budi Indo Perkasa
-Berizin edar BPOM dan bersertifikat halal BPJPH Batch nomor: CVT 202 – 13 A.
8. AAA Marshmallow Rasa Jeruk
-Diproduksi oleh: Chaozhou Chaoan District Yongye Foods Co., Ltd., China
-Diimpor oleh: PT Aneka Anugrah Abadi
-Berizin edar BPOM, tidak bersertifikat halal Batch nomor: 268.
9. SWEETME Marshmallow Rasa Cokelat
-Diproduksi oleh: Fujian Jianmin Food Co., Ltd., China
-Diimpor oleh: Brother Food Indonesia
-Berizin edar BPOM, tidak bersertifikat halal Batch nomor: MRS24-101223.
Sumber
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Malaysia
#Prezcom