
“Kalau dilepas benar-benar luar tabi’i! Siapa bagi arahan kepada Pendakwa Raya untuk tidak cabar semakan ini? Kes dah berjalan dan ada “Prima Facie”.
Kuala Lumpur, 14 April 2023. Berikut di atas adalah hantaran pendek yang dibuat oleh Ketua Pemuda Bersatu Wan Amad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di Facebook peribadinya yang mempersoalkan beberapa perkara dan antaranya adalah; ‘Kenapa Pertuduhan Datuk Seri Zahid Hamidi Perlu Disemak Semula?’ dan beliau juga bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Mantan Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman yang bertanyakan soalan; “Kenapa pertuduhan mahkamah terhadap Datuk Seri Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri perlu di semak semula sedangkan sudah ada prima facie. Kes prima facie wujud kerana pihak pendakwaan telah membuktikan unsur dalam semua tuduhan, apa lagi yang perlu disiasat lebih lanjut? Melainkan ada sebab lain yang hanya boleh menjadi spekulasi. Pada pandangan saya, ini memberikan gambaran buruk pada peguam negara semasa.”
Wan Amad Fayhsal Wan Ahmad Kamal juga mendakwa berlaku kebocoran maklumat SPRM yang cukup banyak baru-baru ini khususnya terhadap siasatan Hakim Nazlan. Beliau mendakwa ada satu konspirasi yang terancang yang membawa kepada pengampunan kepada Najib Razak. Wan Ahmad Fayhsal juga menegaskan bawaha BERSATU, Armada dan Perikatan Nasional akan melawan sebarag usaha melumpuhkan dan mengugut badan kehakiman dan para hakim yang menjalankan tugas mereka sebagai benteng keadilan negara.
#PrezCom